Saturday 25 February 2012

Teknik Mnemonik


Secara umumnya, mnemonik adalah alat membantu akal untuk mengingat sesuatu. Perkataan mnemonik (mnemonic) adalah daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘ untuk mengingati’.


Mnemonik telah mula digunakan sejak lebih seribu tahun yang lalu oleh Yunani dan Rom. Bangsa Yunani kuno terlalu memuja kemampuan ingatan sehingga mereka mempunyai dewa yang bernama Mnemosyne, bermaksud '’berfikir dengan teliti’. Pelbagai strategi ingatan dirancang oleh mereka untuk membantu mengingat maklumat, bertujuan menarik perhatian pendengar ketika berpidato atau berdebat di Senat.


Perkataan mnemonik moden merujuk kepada teknik memacu ingatan untuk mengingati fakta- fakta dengan mengaitkannya dengan maklumat dan data sedia ada yang lebih ringkas dan mudah. Beberapa teknik mnemonik moden telah disusun secara sistematik oleh Michael Perssley dan Joel Levin.


Daripada teknik ini, apa yang difahami ialah apabila ia digunakan untuk mengingat sesuatu, proses ingatan akan menjadi lebih mudah. Mnemonik menggunakan prinsip asosiasi, iaitu informasi yang ingin diingati dikaitkan dengan informasi yang lain yang mudah diingat. Antara teknik mnemonik yang biasa digunakan ialah kaedah loci, sistem kata kunci, teknik menghubungkan, teknik akronim dan teknik akrostik.


Selain daripada memudahkan ingatan, teknik ini dirasakan sangat membantu mengingati fakta – fakta yang banyak dan rumit serta meningkatkan input ingatan, mengurangkan tekanan minda dan membantu meluaskan skop ingatan dalam kadar yang maksima.


Dalam proses memahami diri dan orang sekeliling, teknik ini memberi kesedaran kepada kita bahawa kemampuan ingatan sebenarnya dapat ditingkatkan, minda ini dapat mengingati sesuatu lebih banyak daripada yang dijangkakan serta dengan menggunakan teknik yang sesuai akan memudahkan proses ingatan.


Melalui pengamatan saya, didapati ramai yang tidak menggunakan minda untuk mengingati sesuatu dengan sebaik mungkin. Mereka lebih gemar mengingati sesuatu dengan cara hafalan atau merujuk kepada bahan rujukan dan sebagainya tanpa berpandukan kepada apa – apa teknik ingatan. Antara faktor kegagalan tersebut ialah tidak terdedah kepada teknik yang sesuai sedangkan ianya sangat membantu dalam menjalani kehidupan seharian. Selain daripada itu, sikap malas untuk mencuba teknik – teknik yang membantu ingatan juga merupakan salah satu sebab mengapa ramai mempunyai tahap ingatan yang lemah.


Justeru, kegunaan teknik mnemonik pada masa sekarang dan akan datang sangat diperlukan terutama pelajar yang perlu mengingati pelbagai fakta penting. Ada antara fakta tersebut sukar untuk diingati kerana terlalu panjang dan berbagai. Sebagai contoh mudah, dalam mengingati urutan ukuran panjang dalam sistem metrik, kita boleh  menggunakan teknik mnemonik dengan menggunakan ayat; Maka Cina Dengan Melayu Duduk Hampir Kilang. Ini adalah teknik akronim bagi urutan ukuran metrik: Milimeter, Centimeter, Decimeter, Meter, Decameter, Hektometer dan Kilometer.


Begitu juga dalam mempelajari bahasa asing, teknik mnemonik sangat membantu mengingati perkataan baru dan ertinya. Sebagai contoh, bagi mengingati perkataan pintu, cermin dan memukul dalam bahasa Arab adalah dengan menggunakan perkataan yang sama bunyinya dengan bahasa Melayu. Jadi pintu (baa-bun) sama bunyinya dengan haiwan babun (babun di pintu), cermin (mer-ah) sama bunyi dengan merah (cermin warna merah) dan memukul (doroba) sama bunyinya dengan nama pemain bola sepak Drogba (Drogba memukul pemain bola).


Manakala dalam menjalani aktiviti seharian, antaranya ketika hendak membeli barangan rumah di kedai, dengan kaedah loci saya membayangkan perkakas di rumah dengan mengikut lokasi kedudukannya bagi membantu mengingati barang - barang yang ingin dibeli. Sebagai contoh, saya membayangkan mesin basuh, dapur masak, sinki, bekas rempah ratus dan peti ais. Ini akan membantu mengingati untuk membeli sabun pencuci kain, minyak masak, span membasuh pinggan, garam dan stok ikan.


Kesimpulannya, ingatan sebenarnya boleh dipertingkatkan sekiranya kita menggunakan teknik yang sesuai. Antara teknik yang sangat membantu itu ialah teknik mnemonik.

Wednesday 22 February 2012

Mnemonik sejarah tg 4 bab 2


BAB 2 TG 4: PENINGKATAN TAMADUN

1. JENIS-JENIS PENTADBIRAN YANG PERNAH DIJALANKAN DI YUNANI.

MASALAH RUMAHTANGGA ORANG KAYA TERLALU ZALIM DENDAM MEMBUNUH ANAK BINI.

NEUMONIK
PEMERINTAHAN
NEUMONIK
HURAIAN
Masalah
Monarki
Rumahtangga
Raja- Monarki adalah sistem pemerintahan beraja
Orang
Oligarki
Kaya
Konsul- Pemerintah kerajaan Oligarki dipanggil konsul.
Terlalu
Tirani
Zalim
Zalim- Pemerintah yang zalim digelar tirani.
Dendam
Diktator
Membunuh
Mutlak- Pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak digelar diktator.
Anak
Aristokrat
Bini
Bangsawan- Pemerintah aristokrat terdiri daripada golongan bangsawan
Dengan
Demokrasi
Paksa
Pilihanraya- Pemimpin kerajaan demokrasi dipilih melalui pilihanraya

mnemonik sejarah tg 4 bab 1


BAB 1 TG 4  : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA


1. LOKASI MASYARAKAT ZAMAN PALEOLITIK DI MALAYSIA

PAK JAWA YANG TAMPAN BUNUH NIAH DI TINGKAYU


AKRONIM
TEMA
PAK
Zaman Paleolitik
JAWA
Bukit Jawa, Perak
YANG TAMPAN
Kota Tampan, Perak
BUNUH
Bukit Bunuh, Perak
NIAH
Gua Niah, Sarawak
DI TINGKAYU
Tingkayu, Sabah

2. LOKASI MASYARAKAT ZAMAN NEOLITIK DI MALAYSIA

TENGKORAK NEOLITIK DI GUA CHA KELANTAN


AKRONIM
TEMA
TENGKORAK
Gua Tengkorak, Sabah
NEOLITIK
Zaman Neolitik
DI GUA CHA KELANTAN
Gua Cha, Kelantan

3. LOKASI MASYARAKAT ZAMAN LOGAM DI MALAYSIA

HARIMAU LOGAM ANGKAT MENTERI DI SUNGAI TEMBELING


AKRONIM
TEMA
HARIMAU
Gua Harimau, Perak
LOGAM
Zaman Logam
ANGKAT MENTERI
Cangkat Menteri, Perak
DI SUNGAI TEMBELING
Sungai Tembeling, Pahang


4. APAKAH CIRI-CIRI TAMADUN

PAK KOB

AKRONIM
TEMA
HURAIAN
P
Pentadbiran
Mempunyai pentadbiran yang sistematik
A
Agama
Mempunyai agama dan kepercayaan
K
Kekal
Tinggal kekal disatu tempat
K
Khusus
Khusus pekerjaan mereka
O
Organisasi sosial
Mempunyai organisasi sosial masyarakat yang tersusun

B
Bahasa
Mempunyai bahasa dan tulisan


5. SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA / SUMERIA

ULAR  BELIT CACING

AKRONIM
TEMA
HURAIAN
U
Undang-undang
Memperkenalkan kod undang-undang Hammurabi.

L
Layar kapal
Mencipta layar kapal.

A
Astronomi
Mahir dalam bidang astronomi.

R
Roda
Mencipta roda untuk pedati dan kincir air.

BELIT
Batu-bata
Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat.

CACING
Cunieform
Mencipta tulisan cunieform bagi tujuan keagamaan dan perdagangan.



6. SUMBANGAN TAMADUN MESIR

KITA PATUT HARGAI PIRAMID ATAU MUMIA MESIR

AKROSTIK
TEMA
HURAIAN
KITA
Kalendar
Memperkenalkan kalendar 365 hari dan 12 bulan dalam setahun.

PATUT
Papyrus
Penciptaan kertas daripada pokok papyrus.

HARGAI
Hieroglif
Mencipta tulisan hieroglif yang terpahat pada makam dan batu.

PIRAMID
Piramid
Pembinaan bangunan dan piramid.

ATAU
Astronomi
Mahir dalam bidang astronomi sehingga dapat membantu orang mesir memperkenalkan kalendar.

MUMIA
Mumia
Mahir dalam ilmu perubatan terutamanya proses memumiakan mayat.

MESIR
Matematik
Mahir dalam ilmu matematik sehingga melahirkan golongan terlatih dalam hal ehwal pentadbiran.

7. SUMBANGAN TAMADUN INDUS

BUDAK-BUDAK RUSILA GENERASI HEBAT

AKROSTIK
TEMA
HURAIAN
BUDAK
Batu-bata
Mencipta teknologi membuat batu-bata yang dibakar.

BUDAK
Buka
Sifat keterbukaan.

RUSILA
Rancang
Perancang Bandar Mohenjo Daro dan Harapha.

GENERASI
Geometri
Mahir dalam bidang geometri.

HEBAT
Hubungan
Menjalinkan hubungan dengan Mesir dan Mesopotamia.



8.  SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO

BUDAK-BUDAK PEREMPUAN IKUT STYLE KUNG FU

AKROSTIK
TEMA
HURAIAN
BUDAK
Bajak
Menggunakan teknologi pembajakan.
 
BUDAK
Batas
Membina batas untuk tanaman
PEREMPUAN
Pengairan
Menggunakan teknologi pengairan.

IKUT
Ideogram
Mencipta tulisan ideogram dan telah digunakan di China, Jepun dan Korea
.
STYLE
Sun Tzu
Memperkenalkan falsafah SunTzu dalam teknik peperangan dan kini falsafah ini telah digunakan sebagai strategi perniagaan.

KUNG FU
Kalendar
Memperkenalkan kalendar 360 hari setahun.

Tuesday 21 February 2012

KERTAS KERJA PELANTIKAN PENGAWAS


logo SMKR




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RUSILA
MARANG, 21080 KUALA TERENGGANU.


KERTAS KERJA
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2012

TEMA
BERSAMA-SAMA MENGGALAS TANGGUNGJAWAB MENJAYAKAN MASALAH DISIPLIN SIFAR

TARIKH
19 FEBRUARI 2012 (AHAD)

MAJLIS PERASMIAN DISEMPURNAKAN OLEH:
KETUA POLIS MARANG
DSP AHMAD MAZLAN BIN YAHAYA

ANJURAN:
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


1.0          PENDAHULUAN

Pengawas sekolah merupakan kumpulan pelajar yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan pelajar pilihan yang mempunyai ketrampilan  dan kecemerlangan baik daripada aspek  akademik, sahsiah mahupun kokurikulum, Mereka merupakan  role model kepada pelajar lain. Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan kepada pengawas, Majlis Penganugerahan Pelantikan Pengawas wajar diadakan.

2.0       RASIONAL

2.1       Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih pengawas menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab.
2.2       Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah  ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

3.0       OBJEKTIF

3.1       Memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
3.2       Semoga dengan perlantikan ini, semua pengawas yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu.


4.0       SASARAN PENYERTAAN
4.1       60 orang pengawas
           

5.0  JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi
Pengetua SMK Rusila
En. Abdul Muie bin Ngah


Naib Pengerusi
Penolong Kanan Kokurikulum
Tn. Hj. Harun bin Mohamad

Setiausaha Pengawas
Pn. Fatimah bt. Md. Yassin

Penolong Setiausaha
Pen. Jazan bin Mohd Nor

AJK Pengawas
Pn. Norhanim bt. A. Halim
Pn. Ida Fadzelinda bt. Kassim
Pn. Zainun bt. Ibrahim
Pn. Roshayati bt. Abd. Ghani
Pn. Sabariah bt. Mamat

AJK Badan Disiplin
En. Ahmad Redzuan bin Mohd Azmi
En. Sarizan bin Umar
Pn. Fatimah bt. Md. Yassin
Pn. Dzuneeka bt. Mohamed
Pn. Sapinah bt. Jusoh
Pn. Zaleha bt. Mohamed
En. Md. Nashruddin bin Mohamed
Tn. Hj. Mustafa bin Mohd
En. Zahari bin Mat Ali
Pn. Zalifah bt. Salleh
En. Noor Azam bin Nordin
En. Ahmad Kashfullah bin Ramli
En. Azmi bin Ismail
En Asmadi bin Abdullah
En Kamaruzaman bin Ismail

6.0  JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA
TUGASAN
Pengurus pentas
En. Jazan bin Mohd Nor
Pn. Zainun bt. Ibrahim
Memberi taklimat kepada pengawas
Melatih pengawas untuk menerima sijil
Berhubung dengan JK persiapan tempat untuk tentukan tempat duduk pengawas
Berhubung dengan pengerusi untuk tentukan susunan penerima watikah
Dokumentasi
Pn. Nor Hanim bt. A.Halim
Pn. Zalifah bt. Salleh
Menyiapkan dokumentasi
Berhubung dengan AJK merakam gambar

Tempahan makan dan minum
Pn. Fatimah bt. Md. Yassin
Membuat tempahan makan dan minum di kantin untuk pengurusan, guru pengawas, guru disiplin dan pengawas sekolah
Bacaan doa
Ahmad Nazmie bin Mohammed
Tn. Hj. Mustafa bin Mohd (penasihat)
Mengetuai bacaan doa
Rakaman gambar
En. Ahmad Kashfullah bin Ramli
En. Mohd Nashruddin bin Mohamed
Merakamkan gambar dan peristiwa.
Berhubung dengan JK Dokumentasi dan Web sekolah.
Pengerusi majlis perasmian
Hani Afiqah bt. Mohd Anuar
Pn. Zaleha bt. Mohamed (penasihat)
Mempengerusikan majlis perasmian
Bacaan ikrar
Mohammad Alif bin Zawawi
Pn. Roshayati bt. Abd Ghani (penasihat)
Melatih pelajar melafazkan ikrar dengan penuh semangat
Persiapan tempat
Pn. Sabariah bt. Mamat
En. Sarizan bin Umar
En. Asmadi bin Abdullah
Menyusun kerusi di dewan
Susun tempat duduk pengawas

Menyiapkan ruangan buku pelawat dan sijil
Pn. Ida Fadzelinda bt. Kasim
Menyediakan ruangan untuk tandatangan buku pelawat
Menyediakan sijil pelantikan
Menyediakan cenderahati untuk tetamu yang dijemput
Pn. Roshayati bt. Abd. Ghani
Menyediakan cenderahati untuk Ketua Polis

PA Sistem
En. Azmi bin Ismail
En. Ahmad Nashruddin bin Mohamed
Menyediakan persiapan PA sistem
Menyediakan LCD
Menyediakan lagu gamelan
Kain Rentang
En. Zahari bin Mat Ali
En. Noor Azam bin Nordin
Menempah satu kain rentang
Kawalan pelajar
En. Ahmad Redzuan bin Mohd Azmi
En. Sarizan bin Umar
Mengawal pergerakan pelajar
Mengawal pelajar di dewan
Jemputan
Pn. Fatimah bt. Md. Yassin
Surat jemputan kepada ketua polis dan PIBG
Mengaji Al Quran
Mohd Syakir Mrshidi bin Mohd Azhar
Mohd Azwar Syahdan bin Zakaria
Tn. Hj. Mustafa bin Mohd (Penasihat)
Membacakan al Quran dan terjemahan
Pamflet
Pn. Dzuneeka bt. Mohamed
En. Kamaruzaman bin Ismail
Menyediakan pamflet ntuk 100 keping
Sambutan
Pn. Sapinah bt. Jusoh
En. Asmadi bin Abdullah
Pasukan kompang
Pasukan bunga manggar
Menyambut Tetamu
Pengurusan
Semua AJK
Menanti kedatangan tetamu di pintu dewan.
Kawalan Pelajar
En. Ahmad Redzuan bin Mohd Azmi
Kawalan pelajar di dewan



7.0        Aturcara Majlis
7.30 pagi   Pelajar berkumpul di Dewan Hikmah
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
Bacaan ayat-ayat suci Al Quran
Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah
Ucapan Pengetua
Ucapan Ketua Polis
Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Baru
Bacaan Ikrar
Penyampaian cenderahati
Bacaan doa
Pelajar masuk ke kelas/jamuan makan di kantin
Sesi Bergambar Bersama Ketua Polis

8.0          ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER
Bil
Perkara
Kuantiti
Jumlah Harga
Sumber
1
Makan dan minum
RM 3 x 60 orang
RM  180.00
SUWA (kantin)
3
Cenderahati jemputan
RM 30.00
RM    30.00
PIBG
4
Sijil
RM 0.50 x 60 keping
RM    30.00
LPBT

JUMLAH

RM 240.00


9.0          PENUTUP
Adalah diharapkan agar Majlis Anugerah Pelantikan Pengawas  ini akan memberi suntikan semangat kepada pengawas untuk melaksanakan tanggngjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi memastikan SMK Rusila mencapai disiplin sifar.

10.0       ULASAN PENGETUA

______________________________________________________________________
     Disediakan oleh :                                                               Disahkan oleh:
…………………………………                                                           ......................................
(FATIMAH BT. MD. YASSIN)                                              (ABDUL MUIE BIN NGAH)
Setiausaha Badan Pengawas                                     Pengetua SMK Rusila
SMK Rusila                                                                             SMK Rusila Marang Terengganu