Saturday 23 June 2012

PERUNCINGAN TAJUK SEJARAH SPM 2012

Bordersijil2





logo SMKR





   SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RUSILA, MARANG,
21080 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN

TAJUK-TAJUK PENTING
SEJARAH SPM
2012

           Nama:
Ting:




TAJUK-TAJUK PENTING SEJARAH SPM 2012

BAB 1 TG 4: TAMADUN HWANG HO
Tamadun Hwang Ho
1.     Terletak dilembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.
2.     Dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho ialah
a.     Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M.
b.     Dinasti Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M.
c.     Dinasti Chou dari tahun 1050-256 S.M.
3.     Proses pembentukan negara kota tamadun Hwang Ho ialah
a.     Sungai Hwang Ho menyuburkan kawasan lalu menarik petempatan yang besar.
b.     Tapak Banpo ialah petempatan awal.
c.      Kegiatan ekonomi ialah pertanian, penternakan , kutip hasil hutan, memburu .
d.     Berkembang - wujud bandar-bandar dan Anyang menjadi negara kota Dinasti Shang.
i.        Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
ii.      Ketua pemerintah – Raja , golongan pembesar dan golongan agama tinggal di bandar.
iii.     Dibandar ini terdapat istana,kuil dan pusat pentadbiran  Dinasti Shang.
e.      Dinasti Shang sebar budaya dan luaskan wilayah.
f.       Dinasti Chou sebar hingga Sungai Yangtze.

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho
1.   Aspek organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang ialah
a.   Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.
b.  Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk,mendiami kawasan diluar negara kota ini.
c.   Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata,perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk acara keagamaan.
d.  Golongan pembesar yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan bawahan.
e.   Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.

2.     Aspek sistem pemerintahan Dinasti Shang  ialah
a.  Sistem pemerintahan berbentuk pemerintahan beraja.
b.  Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
c.   Raja-raja  berkuasa ke atas pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama.
d.  Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
e.   Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
f.    Raja dibantu oleh golongan basngsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
g.   Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem dalam tugas seperti pungutan cukai ,pertahanan dan undang-undang.
h.   Kezaliman Raja Shang menunjukkan raja kehilangan mandat menyebabkan golongan hamba menyingkirkan Dinasti Shang untuk diganti dengan Dinasti Chou. Pemerintahan Raja Chou telah membentuk pentadbiran bau iaitu:
i.        membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
ii.      mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia  kepada pemerintahan dan memberikan hadiah seperti kereta kuda,senjata gangsa,hamba dan binatang.
iii.    meminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
iv.   memberi hak kpg pembesar tempatan bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.
v.     Dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang menguruskan:
i.       Pertanian
ii.      Tentera
iii.     Kerja awam
iv.     Upacara agama
v.      Hal ehwal monarki
vi.     Undang-undang.
vi.   Peringkat wilayah dikendali pembesar feudal.

3.     Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan dan  peranan masyarakat .
a.   Golongan pembesar mempunyai tentera masing- masing terdiri daripada tentera berkuda dan tentera berjalan kaki.
b.  Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan,
c.   Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan,senjata dan barang tembikar.
d.  Golongan hamba berfungsi ;
i.      sebagai tentera paksaan
ii.     membantu kerja-kerja perburuhan
iii.    bagi tujuan korban dalam upacara penyembahan.

4.     Agama dan kepercayaan .
a.   Sebahagiaan masyarakat mengamalkan kepercayaan anismisme dan politisme.
b.   Masyarakat Shang mempercayai politeisme seperti tuhan syurga,tuhan bumi,sungai,bukit dan gunung.
c.   Mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
d.       Shang Ti – Dewa tertinggi di syurga dan  nenek moyang Shang.
e.      Percaya pada kuasa agung – Tien. – suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta atau syurga.
f.    Konsep ini mempengaruhi Yin dan Yang.
g.   Alam semesta dan kejadiannya terdiri dari dua unsur.
i.     Yin – kuasa pasif
ii.    Yang – Kuasa aktif
h.   Upacara sembah libatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban diketuai oleh bomoh.
i.    Tulang oracle berfungsi bagi meramal keadaan.
j.    Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan tulang di atas unggun api sehingga timbul rekahan untuk meramalkan sesuatu kejadian.
k.      Amalan ini bawa kemunculan sistem tulisan.

5.     Sistem tulisan masyarakat Tamadun Hwang Ho berbentuk
a.   Rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.
b.   Tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan simbol.
c.   Tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak,bulan,matahari dan sungai.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho
1.     Aspek Politik
a.      Sistem pemerintahan berbentuk monarki hingga Zaman Dinasti Ching.
b.     Gelaran Raja bertukar jadi Maharaja.
c.     Raja dikatakan anak syurga dan dapat mandat dari syurga.
d.     Pemerintahan Dinasti diteruskan sehingga abad ke 20.
2.     Aspek Ekonomi
a.     Sistem pengairan diperbaharui.
b.     Bina terusan untuk pertanian dan elak banjir.
c.     Teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk pertanian.
d.     Menggunakan batas .
e.     Menggunakan alat pertanian daripada kayu kepada besi.
3.     Aspek Sosial
a.      Sistem tulisan digunakan hingga hari ini.
b.     Tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan pencetakan.
c.     Tulisan diajar di sekolah-sekolah di Cina.
d.     Berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
4.     Agama dan kepercayaan
a.      Kepercayaan yang masih berkekalan sehingga  hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
b.     Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang, diteruskan mengikut kesesusaian masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan,duit kertas dan barang hiasan.
c.     Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
d.    Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.
e.      Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta.
f.       Pemerintahan Shang,sistem kalendar telah diperkenalkan, terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
g.     Kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
h.     Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan perkuburan atau pengebumian.
i.        Falsafah perang Sun Tzu,- ,The Art of War membicarakan selok- belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
j.        Falsafah tersebut  diaplikasikan dalam urusan perniagaan.

Soalan KBKK
1. Sebagai rakayat Malaysia yang patuh kepada prinsip rukun negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Jelaskan, mengapa manusia perlu beragama?
2. Bagamaina kita dapat memajukan bidang pertanian di negara kita?
  
BAB 2 TG 4: SUMBANGAN TAMADUN
Pemerintahan dan Pentadbiran                                                                                      

        Tamadun Yunani: Ciri-ciri demokrasi di Athens. (TOV)
1.   Jenis-jenis pentadbiran di negara kota Yunani seperti: Sistem Monarki , oligarki, aristokrasi, diktator atau tirani, demokrasi
2.    Demokrasi dilaksanakan di Athens. Di Athens wujud Dewan Perhimpunan dan Majlis.
3.   Lelaki Athens berpeluang jadi ahli – 6 bulan hingga 1 tahun.
4.    Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali setahun. Bincang dasar  kerajaan. Keputusan Dewan dilaksanakan Ahli Majlis dilantik Dewan Perhimpunan. Begitu juga Magisterit dan Juri.

        Tamadun Rom: ciri-ciri republik di Rom
1.     Bermula dengan sistem beraja. Raja berkuasa mutlak berketurunan Estruscan (bukan latin tempatan). Raja keturunan Estrcan zalim dan tidak disenangi masyarakat Latin tempatan. Rakyat dan golongan bangsawan ( Partrician ) menentang raja dan mewujudkan kerajaan Republik.
2.     Kerajaan Republik tiada kuasa mutlak. Kuasa tertinggi diberi pada dua Konsul agar tiada pemusatan kuasa. Senat dilantik untuk membantu konsul dalam  tempoh tertentu. Senat di wakili bangsawan.
3.     Sebelum ahli senat dilantik sebagai  konsul, dia ialah Praeotor – pemerintah tentera.
4.     Bawah Senat – Dewan Perhimpunan – wakili semua rakyat Rom. Keputusan Senat di serah ke Dewan Perhimpunan untuk kelulusan.
5.     Berubah dalam zaman Julius Ceasar. Wujud pemerintahan berpusat  terbentk empayar . Rom takluk Macedonia, Yunani, Syria, Mesir, Perancis, Britain, dan beberapa wilayah Jerman. Julias menjadi Diktator.
6.     Julius kuasai tentera dan senat – guna gelaran Maharaja. – Diteruskan oleh Augustus 27 – 14 sm. Bawa keamanan dan keagungan. Kekal 200 tahun – Digelar Pax Romana – Tiga Benua. – Asia, Afrika dan Eropah.

        Tamadun India: Ciri-ciri pemerintahan beraja di India.
1.     Awal pembukaan  600 – 320 sm – ada dua kerajaan kecil dan besar. Kerajaan kecil tiada raja dan berpuak. Kerajaan besar diketuai Raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha. Raja berkuasa mutlak. Diperkukuhkan upacara ritual. Raja suci dan harus dihormati. Brahmin penasihat Raja, kemudian Kystria. Wujud  kasta.
2.     Raja bertukar jadi Maharaja apabila Maurya satukan kerajaan menjadi empayar 321 – 185 sm. Meliputi Teluk Benggala hingga Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara Pataliputra.
3.     Zaman kegemilangan 273 – 232 sm. Asoka  tamatkan perang saudara selepas bapanya mati : Bindusara, dan takluk Kalinga.- Perang Kalinga 150 ribu cedera, 100 ribu mati. Asoka peluk agama Budhha. Amalkan keamanan dan kedamaian. Asoka luaskan empayar India melalui penyebaran agama Budhha.
4.     Wujudkan  Birokrasi pentadbiran.
        Tamadun Cina: Ciri-ciri pemerintahan beraja di China
1.     Raja bertukar jadi Maharaja – wujud empayar dan peluasan kuasa. Ubah sistem Feudal. Pemerintahan berpusat.
2.     Dinasti Chin 221 – 206 sm. Pemerintahan berpusat bentuk Birokrasi awam – pegawai dilantik Maharaja – di kalangan rakyat melalui jawatankuasa : Hon Kao Tsu. Lantikan atas pencapaian dalam peperiksaan awam. Mula Dinasti Han
3.     Tokoh penting Shih Huang Ti.

Soalan KBKK
1. Mengapa sistem demokrasi dilaksanakan di negara kita?

Perundangan

        Tamadun Yunani
1.     Dewan Perhimpunan gubal undang. Plato bukunya Republic – kepentingan undang-undang.
        Tamadun Rom: Jelaskan prinsip undang-undang Justinian.
1.     Undang-undang pertama – Hukum Kanun 12 – dipahat pada Papan  Dua Belas. Dipamer di tempat awam.
2.     Maharaja Juntinian – satukan undang-undang yang banyak : Kod Undang-Undang Rom  atau Kod Undang-Undang Justinian– 527 m.
3.   Prinsip. Semua mansia sama di sisi undang-undang. Manusia berhak mendapat keadilan. Tuduhan mesti disertai bukti.
        Tamadun India: Jelaskan ciri-ciri undang-undang di India
1.     Berdasarkan kitab Dharma Sastra – Undang-undang tua Hindu
2.     Raja bertanggungjawab jaga kesucian undang-undang. Brahmin yang mahir kerana undang-undang ada kaitan dengan agama.
3.     Zaman Maurya – undang-undang melalui titah raja. Diukir pada batu : Tiang Asoka. Berkonsep keadilan dan kesjahteraan rakyat.
        Tamadun Cina: Jelaskan ciri-ciri undang-undang legalisme di China.
1.     Berteraskan 2 prinsip: Hukuman Berat dan Bercorak Kolektif. Berdasarkan falsafah Legalisme. Digubal Han Fei Tzu – Dinasti Chin , seorang ahli falsafah.
2.     Pelaksanaan  undang-undang: tidak harus wujud belas kasihan. Undang-undang perlu dipelihara. Sebab itu raja mesti ada kuasa utuh.
3.     Legalisme bertentangan dengan falsafah undang-undang Confucius. Confucius mendidik manusia dengan cara yang lembut.

Soalan KBKK
1. Pada pandangan anda, jelaskan kepentingan undang-undang kepada manusia?

Peluasan Kuasa

        Tamadun Yunani
1.     Bermula 800 sm. Zaman Raja Philip II , Macedonia  dan Yunani disatukan. Diteruskan anaknya Alexander The Great.- menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, dan Samarkand serta seluruh Mediteranean.
2.     Sebarkan budaya Hellenistik – campuran budaya Yunani, Parsi dan kaw.Timur lain.
3.     Tersebar : di Syracuse, Itali, Iskandariah, dan Antioch.  Empayar berakhir dengan kematian Alexander.
        Tamadun Rom
1.     Mula 27sm pada zaman Augustus Caesar. Empayar berdasarkan Republik.
2.     Meliputi – Britain, Sepanyol, kaw. Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, Sebahagian Turki, dan Palestine.
        Tamadun India
1.     Berlaku dalam Dinasti Maurya – Mula zaman Chandargupta Maurya 321 – 292sm.
2.     Sebab Berjaya – ada tentera yang besar : 600 gajah, 1000 orang tentera berkuda, dan 10000 infrantri(tentera berjalan kaki)
3.     Meliputi India Utara, Punjab dan Seleceus
4.     Bindusara anak Chandragupta luaskan hingga ke Mysore, Selatan India.
5.     Asoka anak Bindusara ubah cara peluasan kuasa. Lebih lembut  tidak melalui  kekerasan tentera tetapi melalui penyebaran agama Budhha. Berjaya kuasai Seluruh India selepas Perang Kalinga.
        Tamadun Cina
1.     Wujud semasa Dinasti Chin – Shih Huang Ti pemerintah autokratik – tegas dan mutlak. Satukan kerajaan kecil, Hapuskan kuasa bangsawan dan lantik gabenor serta pegawai tentera untuk mentadbir. Bina Tembok Besar Cina cara pertahan wilayah.
2.     Dinasti Chin jatuh dan diganti dengan Dinasti Han. Maharaja Tentera @ Han Wu Ti luaskan – ke Sin Kiang, Lembah Tarim dan Tutor di Utara, Yang Tze, Kwangsi, KwanTung, Jepun dan Turkistan.
3.     Guna kuasa tentera yang besar dan kuat  serta kekerasan.

Soalan KBKK
1. Peluasan kuasa dilakukan melalui peperangan dan kekerasan. Bagaimana  kita dapat mengelakkan peperangan dengan negara lain demi memastikan keamanan terpelihara?

Peningkatan Ekonomi
 Kegiatan ekonomi awal  bercucuk tanam secara sara diri, menternak, dan menghasilkan barangan ..
Peningkatan tamadun – ekonomi komersil – lebihan pengeluaran – perdagangan – tukar barang @ barter.Wujud barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam, dan perhiasan.

        Tamadun Yunani
1.     Semua negara Kota  muka bumi tidak subur kerana gunung-ganang,. Memberi tumpuan kepada perdagangan
2.     Kawasan lain wujud peningkatan perdagangan melalui jalan laut seperti dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.
3.     Yunanai kurang tanah dan  kurang makanan. Makanan dibawa dari luar. Athens dapat dari Selatan dan Laut Hitam. Jadi pusat pengumpulan barangan dari timur.
4.     Perdagangan kena cukai – rakyat lari ke tempat lain seperti Alexandria pada zaman Graeco-Roman 300sm.
        Tamadun India: Jelaskan kegiatan perdagangan di India
1.     Pesat berkembang pada 3SM. Libatkan perdagangan dalaman dan luaran.
2.     Pusat perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa. Hasilkan senjata, gading , emas, berlian dan mutiara.
3.     Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara – alam melayu sejak 100 M- jual rempah, gading, besi, dan bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi dari China. Bentuk Perdagangan Maritim.
4.     Pelabuhan penting : Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bhg Barat.
5.     Wujud persatuan dagang dan perusahaan : Sresthin di setiap bandar. Spt. Persatuan tukang kayu, tukang kulit, dll. Matlamat persatuan untuk: kawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
6.     Wujud undang-undang bagi kawal persatuan  Undang-undang diawasi Raja.
7.     Mata wang  digunakan pada Zaman Gupta. Wang emas. Bukti ada dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik.
8.     Perkembangan dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas, dan sutera. Sutera di Benares dan Bengal. Perdagangan lain - Emas, mutiara , batu permata, pertanian dan buah-buahan..
9.     Cukai ada – untuk sara tentera, pentadbir, dan raja.
        Tamadun China: Jelaskan kegiatan pertanian di China
1.     Pesat – Dinasti Shang. Pencapaian dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan – muncul kelas pertengahan.
2.     Bidang pertanian ; Dinasti Han  - perkenalkan batas tanaman, kolar kuda tarik tenggala, kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.
3.     Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching – cipta alat pertanian, sistem tanaman secara bergilir untuk suburkan tanah, Bukit ditereskan – Dinasti Shang, Sistem pengairan spt terusan – pertanian terkawal dan pengawalan banjir .
4.     Perusahaan logam dan tembikar sejak Dinasti Han.
5.     Didagang ke Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat. Lalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Soalan KBKK
1. Pada pandangan anda, bagaimana kita dapat meningkatkan kemajuan dalam bidang perdagangan di negara kita?

Pendidikan
      Tamadun Yunani: Jelaskan ciri-ciri pendidikan di Yunani.
1.     Pendidikan di Athens untuk  melahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani.  Manusia cemerlang penuhi tuntutan mental dan fizikal. Manusia cemerlang dapat sumbangkan  kesejahteraan kehidupan manusia. Pendidikan di Yuanai telah melahirkan tokoh seperti Thucidides dan Herodutus. Pusat Cendekiawan Yunani dlm. Zaman Pericles. Penulis Sains dan teknologi – Thales, Anaximandez, Heraclitus, dan Anaxagoras.
2.     Tumpuan pada pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, dan menulis.
3.     Sparta – pendidikan lahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara kotanya.
4.     Pentingkan latihan fizikal dan kemahiran senjata.
5.     Perkembangan bila banyak sekolah didirikan di Athens, Thebes, Elea,dan Miletus.

        Tamadun Rom: Jelaskan ciri-ciri pendidikan di Rom
1.     Pendidikan menekankan ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom. Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang memberi kesejahteraan hidup.
2.     Peringkat awal banyak tiru pendidikan  Yunani.  Pusat pendidikan lahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan. Cendikiawan Rom dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan tentang kegemilangan Rom.

        Tamadun India: Jelaskan ciri-ciri pendidikan di India
1.     Bermula Zaman Vedik. Pendidikan pentingkan keagamaan dan agama Hindu. Didominasi lelaki. Tumpuan pada pengkajian kitab Veda dan penggunaan bahasa Sanskrit. Kaedah, hafalan.
2.     Berteraskan Hindu dan Budhha untuk sediakan manusia selepas mati. Pendidikan tinggi – Kolej Brahmin – 100SM. Sebelumnya di istana dan di rumah. Abad 4 M  dibina Universiti Nalanda.
3.     Untuk capai taraf Brahmin – hafal kitab veda. Kandungan veda: ritual, mantera, dan lagu agama. Juga belajar saintifik dan falsafah. Pendidkan telah tingkatkan ilmu sains.
4.     Zaman seterusnya pendidikan untuk tambahkan ilmu dan atasi buta huruf,serta dapatkan jawatan awam.

        Tamadun China: Jelaskan ciri-ciri pendidikan di China
1.     Hargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan. Matlamat lulus peperiksaan awam. Sistem pendidikan yang tertua di dunia.
2.     3 peringkat – pendidikan rendah, menengah, dan tinggi. Rendah – tumpukan kegiatan mengenal dan hafal ideogram dan 9 buku suci tanpa faham maknanya. Menengah – karangan dan sastera. Tinggi – terjemahkan kitab suci.
3.     Peperiksaan awam 3 tahap.
a - Hsiu Tai : setaraf ijazah, tempat peperiksaan di daerah , lulus jadi pegawai kerajaan, peperiksaan diadakan dua kali dalam 3 tahun
b -  Chun Jen : sarjana, tempat di ibu kota daerah, peperiksaan 3 tahun sekali.
c – Chin Shih : Doktor Falsafah, tempat  di ibu kota empayar hadapan maharaja, lulus jadi pendidik, peperiksaan diadakan 3 tahun sekali

.Soalan KBKK
1. Beri pandangan anda, mengapa pendidikan penting kepada manusia?
2. Bagaimana kita dapat menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan bertaraf dunia.

Falsafah
Ramai ahli falsafah menunjukkan kemajuan dalam ilmu – Guna akal cari jawapan yang logik untuk selesai masalah kehidupan manusia.

        Tamadun Yunani
1.     Ahli falsafah : Herodotus, Socrates,  Plato, Aristotle, Thucydides, Zeno. Isu utama – individualisme, kehidupan manusia, dan demokrasi.
2.     Karya: Herodotus – History of Persian Wars, bapa sejarah.Thucydides – pengasas sejarah saintifik, tulis sejarah secara penyelidikan . Bukunya, Peloponesian Wars.
3.     Karya Plato – Buku Republic – negara baik diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
4.     Aristotle – Guru kepada Alexander The Great – bincang cara berfikir yang teratur.
        Tamadun Rom
1.     Kurang ahli falsafah – guna pengaruh Yunani spt Zeno – Falsafah Stoik @ Stoisisme. Bincang kebahagiaan hidup dan nasib seseorang bergantung pada alam.

        Tamadun India
1.     Falsafah tertua. 2 bentuk pemikiran besar :
a – Bersumberkan Veda
b – Menolak kitab Veda.
2.     Veda ada tiga – Rig Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda. Falsafah bersumberkan Veda ialah Era Upanishad , Mahabarata, dan Bhagavad
3.     Falsafah tolak Veda ikut ajaran carvaka, Janinisme, dan Buddhisme.

        Tamadun China
1.     Beri penekanan pada hal hubungan manusia dengan manusia lain.
2.     Ahlinya: Kung Fu Tze @ Confucius – Confucianisme. Loa Tze – Toaisme. Mo Tzu @ Motze@ Mencius tolak beberapa ajaran Confucius. Fikir cara lahirkan masyarakat yang baik. Baik buruk ahklak manusia bergantung pada alam sekitarnya.
3.     Falsafah legalisme – undang-undang dapat wujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.

Sains dan Teknologi
 Berlaku dalam bidang Matematik, Astronomi, Perubatan dan Teknologi pembuatan perahu dan kertas. Dipengaruhi dengan teknologi dalam Tamadun Mesir Purba dan Babylon. Perkembangan ilmuan ini dikembang secara kolektif dalam semua tamadun.

        Tamadun Yunani
1.     Ilmuan :- Thales – matematik – ilmu geometri Mesir Purba, Phytogaras – Teorem Phytogras – ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
2.     Hippocrates – Bapa perubatan , Archimedes – ahli matematik dan fizik – teori isi padu air dan graviti. Ptolemy – ahli astronomi Yunani.

        Tamadun Rom
1.     Boethius – ahli matematik – asas matematiknya diambil dari Yunani. Kaitkan dengan muzik, geometri, dan astronomi.

        Tamadun India
1.     Cabang pengetahuan Vedik. Pengetahuan astronomi ada dalam Rig Veda. Ilmu matematik wujud zaman Gupta. Konsep geometri. Perkenalkan sistem nombor – angka Brahmin dibaca dari kiri ke kanan, dan angka Kharosti – wujud dalam zaman Asoka. 2.     Ahli matematik – Aryabhata Varahmihira.
3.     Ilmu perubatan ada kaitan dengan yoga.

        Tamadun Cina
1.     Ilmu Perubatan dihubung dengan Yin dan Yang – Kuasa Pasif dan Aktif.
2.     Teknologi buat kertas 106 M – Chan Lun – mencampurkan rami, sayur, dan buluh – dijadikan pulpa – diskrinkan dan diratakan.
3     Pembuatan tembikar, kapal layar, dan perahu. Pelayaran dibuat dengan penciptaan layar yang lebih kukuh – wujud juga dalam Tamadun Rom dan India. Kapal layar tingkatkan aktiviti perdagangan maritim.

Seni Bina
 Mencerminkan ketahanan manusia hadapi cabaran  dan kepimpinan yang berwibawa – pembinaan yang agung – monumen-monumen seperti:

1.     Aqueduct – bekalan air di Rom. Teknologi berasaskan sistem graviti.
2.     Tembok Besar Cina – pertahanan – Mula Dinasti Chou, 1500 batu dari Kansu ke Peking.
3.     Acropolis – Pusat Pentadbiran dan pememrintahan Athens – binaan teater, rumah berhala, dan parthenon.
4.     Parthenon – Rumah berhala untuk Dewi Athena – Zaman Pericles 421 – 409 SM utk peringati kemenangan dengan Persia.
5.     Colloseum – Tempat pahlawan Rom bertarung. Mula bina 70M – Mahajara Flavian ,  Muatan 50 ribu – 80 ribu org.
6.     Panthenon – Tempat pemujaan dan menyimpan patung dewa dan tempat kerja awam. Zaman Maharaja Hadrian 117 – 138M.
7.     Great Bath , Kompleks Kuil Gua Ajanta – 20 buah kuil , Kompleks Kuil Gua Ellora – 28 kuil , Penggunaan geometri – segi empat dan bulat - India
8.     Pembinaan tembok  di China. Tembok dibina daripada tanah liat dan batu bata di bandar. Kampung guna tanah lumpur. Ada pintu gerbang dan menara. Kawalan. Dalam tembok ada istana spt Kota Larangan. Di istana ada dewan dan taman. Dewandi istana larangan berfungsi  sebagai tempat  hukuman, keraian, perjumpaan.
9.     Kuil, Pagoda , Tembok, Jambatan: China – beberapa bangunan  utk tempat tinggal, ruang tetamu, pusat pemujaan. Pagoda 15 tingkat – bentuk oktagon.

Soalan KBKK
1. Kebelakangan ini banyak bangunan yang dibina didapati tidak selamat. Bagaimana kita dapat membina bangunan yang bukan sahaja indah tetapi juga selamat?

BAB 3 TG 4: Pengaruh Hindu Buddha (TOV)

Cara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha.
1.     Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera. –
2.     Pedagang atau vaisya.
3.     Golongan Brahmin atau pendeta.
4.     Proses pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan budaya tempatan. – Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut:
        Jumpaan seni arca yang kasar yang ada langgam bercirikan Asia Tenggara spt arca dengan ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.
        Candi yang didirikan spt Borobudur, Lembah Bujang, Prambanam, Angkor Wat.
        Amalan  kepercayaan – agama Buddha dan Hindu . Kedah Tua – Buddha, Dieng, Indonesia – Hindu. 7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka – Hindu, Sumatera dan Jawa – Buddha Mahayana.
        Sistem beraja
        Aspek amalan agama dan sistem beraja dipengaruhi perdagangan sejak 5SM..

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan
a) Dewa-Raja
1. Raja dianggap sebagai bayangan tuhan di bumi yang turut memiliki kuasa sakti.
b) Gelaran
1. Gelaran raja mula digunakan selepas kedatangan pengaruh agama Hindu-Buddha.
c) Kedudukan Raja
1. Raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan.
d) Kuasa Mutlak 
1. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal pentadbiran spt tentera dan hubungan luar.
e) Undang-Undang
1. Semua perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan.
f) Derhaka
1. Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja kerana percaya raja adalah bayangan tuhan di bumi.
g) Pertabalan
1. Upacara pertabalan diadakan mengikut adat resam Hindu oleh golongan Brahmin untuk membezakan raja dengan golongan yang diperintah.
h) Orde Kosmos
1. Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta.
2. Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta.

Bincangkan cirri-ciri Pentadbiran Srivijaya dipengaruhi agama Hindu Buddha
1. Di Srivijaya dalam Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu
 Yuvaraja, pratiyuvaraja ,raja kumara dan raja putra
.2. Seorang daripada 3 orang anak raja boleh menjadi raja kecuali raja putra
kerana anak gundik.
3. Di bawah anak raja terdapat senapati iaitu ketua pentadbiran pusat.
4. Daerah ditadbir oleh golongan datu yang dilantik oleh raja iaitu parvanda
(keturunan raja) & bhupati  (orang kaya).

Pengaruh  agama Hindu-Buddha dalam senibina candi.
a) Ibadat
1. Candi menjadi rumah ibadat bagi agama Hindu dan Buddha.
b) Memperingati
1.Candi untuk memperingati orang ternama spt raja dan peristiwa penting.
c) Abu Jenazah Raja
1. Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya.
d) Patung Dewa
1. Tempat menyimpan patung dewa bagi sesebuah kerajaan awal.
e) Lambang Keagungan
1. Menjadi lambang keagungan seseorang raja berdasarkan kehebatan seni bina
2. Contoh : Angkor Wat dibina oleh raja yang agung iaitu raja Suryavarman II.

Pengaruh Hindu Buddha dalam bahasa Sanskrit 
a) Keturunan Raja
1. Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.
b) Amaran Raja
1. Inskripsi di Palembang berkaitan dengan amaran raja kepada rakyat supaya tidak menderhaka.
c) Bidang Intelek 
1. Meningkatkan pencapaian intelek masyarakat kerana batu bersurat mempunyai maklumat  tentang undang-undang dan perintah raja.
d) Kemahiran
1. Membuktikan masyarakat tempatan mempunyai kemahiran yang tinggi memahat  tulisan pada batu bersurat
e) Dalam Bahasa Melayu
1. Mengalami perubahan dalam bahasa Melayu spt dukkha-duka, manusa-manusia & dorhaka-derhaka. Perbendaharaan kata Bahasa Melayu bertambah akibat kemasukan bahasa Sanskrit.
f) Ilmu dan Komunikasi
1. Berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.
g) Kesusasteraan
1. Kesusasteraan India spt Ramayana dan Mahabharata menyumbang kepada unsur mitos kesusasteraan klasik AT.
h) Hikayat
1. Mahabharata diadun unsur tempatan menjadi Hikayat Pandawa Lima dan Ramayana menadi Hikayat Seri Rama


BAB 4 TG 4: KERASULAN NABI MUHAMMAD, PENYEBARAN ISLAM, REAKSI MASYARAKAT ARAB TERHADAP ISLAM

KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW.
1.    Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 – memerintah umat Islam membaca.  Mula tamadun Islam yang bersandarkan ilmu.
2.   Kepentingan pembacaan dari aspek  Ilmu :
a.    Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.
b.    Bacaan menggalakkan kajian.
c.    Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu – ilmu hanya wujud jika    masyarakat rajin membaca.
d.   Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.
3.    Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat 1 –7. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul dan mewajibkan Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.
4.   Cara pertama yang dilakukan ialah
a.    Membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya.
b.    Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan
       pembunuhan dan mencuri.

 Soalan KBKK
1. Beri pendapa anda, bagaimanakah kita dapat menanam semangat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Penyebaran Islam di Makkah (TOV)
1.     Cara dakwah beperingkat.
a.      Secara rahsia
i.      Selama 10 tahun di kalangan ahli keluarga, sahabat rapat dan kaum kerabat baginda.
 ii.      Antaranya kepada Khadijah Khuwailid, Ali Bin Abi Talib ( 10 Tahun ), Zaid Bin Harithah, anak angkat Nabi, Abu bakar Al Siddiq dan beberapa tokoh Quraisyh spt Uthman Bin Affan, Zubair bin Awam, Al- Arqam bin Abu Arqam.
 iii.      Al- Arqam menjadikan rumah sebagai pusat dakwah yang pertama di Makkah
 iv.      Nabi menyebarkan melalui contoh teladan. Nabi menunjukkan keperibadiannya yanh baik seperti ketinggian akhlak Nabi, kejujuran para sahabat.
b.     Terbuka - apbila mendapat perintah daripada Allah swt.
         i.      Kepada keluarga Abul Muttalib. Diadakan di rumah Ali bin Abu Talib. Penentang kuat Abu Lahab , bapa saudara Nabi.
          ii.      Secara terangan di Bukit Safa. Menerusi wahyu Allah al- Hijr ayat 94. kepada bani Abdul Muttalib, Zuhrah, Tamim, Makhzum dan Asad.
         iii.      Berlaku perdebatan terbuka dengan Abu Lahab.- menghina Nabi saw.
Soalan KBKK
1. Jelaskan mengapa dakwah Islam dilakukan secara berperingkat- peringkat?
                a. dibuat secara rahsia bagi mengelakkan ajaran ini dihancurkan dan melemahkan
                    penganutnya

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam
Peringkat awal tidak ambil tahu kerana hal keluarga. Bila ramai memeluk Islam mula proses penentangan terhadap Islam. Asasnya reaksi masyarakat Arab dapat dilihat melalui dua unsur:

Penerimaan Terhadap Islam
a.      Layanan yang saksama
b.     Kemurnian ajarannya.
c.     Kebijaksanaan dakwah Nabi saw secara lemah lembut dan berhikmah
d.     Seruan tanpa paksaan tetapi memujuk dengan menggunakan akal.
e.      Pendekatan yang baik seperti:
          i.      Membandingkan nilai akhlak jahiliyah dan nilai akhlak Islam.
          ii.      Pembacaan ayat suci Al-Quran untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan
         iii.      Penerangan dan teladan yang baik.
f.       Penyebaran dibuat dengan menanam kekuatan iman. Harta bukan matlamat , tetapi kesabaran dan pengorbanan
g.     Keperibadian Nabi saw yang berakhlak mulia.
h.     Nabi saw mempunyai kekuatan mental, fizikal, dan rohani

Penentangan  Terhadap Islam
1.     Penentangan dilakukan dengan pelbagai cara . Antaranya
a.     Dicemuh.
b.     Diganggu dalam membuat ibadat. Sebagai cth. Diletakkan benda kotor pada  tengkuk baginda Nabi saw.
c.     Cubaan membunuh Nabi.
d.     Hamba yang peluk Islam disiksa. Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah  bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta.
e.      Melalui syair – sering ejek melaluimpuisi.
f.       Pujukan dengan menyerahkan wanita cantik dan harta.
g.     Pemulauan terhadap Nabi dan keluarga baginda. Pernyataan pemulauan digantungkan di kaabah. Berjalan selama 3 tahun. Tidak begitu berjaya sebab:
                                 i.      Bantuan daripada Abu Talib.
                                 ii.     Ada orang Quraish yang tidak mematuhi pemulauan.
                                 iii.    Orang Islam yang berkeupayaan membantu. Contoh Siti Khadijah serahkan semua hartanya untuk Islam. Selain Khadijah wanita Islam yang berjuang spt Aisyah dan Ummu Salamah di Madinah.
h.     Bentuk pemulauan orang Quraish:
                                 i.      Tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi.
                                 ii.      Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi.
                                 iii.      Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi.

2.     Sebab penentangan:
a.      Perbezaan kepercayaan dan amalan. Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah swt. Jahiliyah – berhala.
b.     Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan , Jahilaiyah tidak.
c.     Islam bertunjangkan konsep persaudaraan, Jahiliyah menolak lebih kepada Assabiyah.
d.     Amalan dan akhlak yang murni, Jahiliyah banggakan mencuri, merampas harta orang, dan menindas.
e.      Politiknya – Mereka merasakan jika menerima Islam mereka akan tunduk kepada kepimpinan Nabi dan hilang pengaruh sebagai ketua.
f.       Islam boleh menggugat pengaruh politik kabilah mereka dan menaikkan kabilah bani Qusai / Hashim.
g.     Aspek ekonomi – Islam menggugat dan jejaskan perusahaan ukir patung berhala. 

Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.
1.     Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah kematian Abu Talib dan Khadijah. Maka Nabi mengambil langkah tertentu. Antaranya ialah
a.     Hijarh orang Islam ke Habsyah untuk dapatkan perlindungan.
b.     Nabi dan Zaid bin Harithah ke Taif – kurang dapat sambutan.
c.     Hijrah ke Madinah pada 622M

BAB 5 TG 4: PERJANJIAN AQABAH, HIJRAH, PIAGAM MADINAH, PERANG DALAM ISLAM, PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH

1.  Madinah terletak antara Makkah dan Syam iaitu laluan pedagang dan menjadi tempat persinggahan kafilah pedagang.
2.  Penduduknya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan Arab. Orang Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Nadhir, Bani Qunaiqa. Orang Arab  terdiri daripada Aus dan Khazraj.
3.  Kehidupan di Madinah tidak aman kerana berlaku  pergeseran antara kabilah suku Aus dan suku Khazraj serta penguasaan ekonomi oleh Yahudi.
4.  Aus dan Khazraj menjemput Nabi saw ke Madinah semasa Perjanjian  Aqabah 2 pada 621M.
5.  Madinah bermaksud bandar bercahaya. Dikenali juga dengan Yathrib. Terletak di wilayah Hijjaz.

Senaraikan Isi Perjanjian Aqabah
1. Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah.
2. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian memeluk Islam pada 621M dan menandatangani perjanjian Aqabah 1. Syarat Perjanjian Aqabah 1:
a. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. dan rasul
b. Berjanji untuk membantu Nabi saw
c. Tidak mengamalkan amalan jahiliyah.
3. Selepas perjanjian Aqabah 1, Nabi menghantar Mus’ab bin Umair untuk berdakwah di Madinah
4. 622M Perjanjian Aqabah 2. Syaratnya :
a. Suku Aus dan Khazraj mengulangi janji memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw
b. Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi saw berhijrah ke Madinah
c. Mereka secara sukarela mengadakan tempat tinggal
d. Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah

Bilakah berlaku Hijrah
 Berlaku pada 12 September 622M ( 1 H ). Berlaku secara rahsia dan berperingkat. Nabi Muhamad berhijrah bersama Abu Bakar AsSiddiq.Perjalanan selama 12 hari mengikut jalan selatan. 

Jelaskan Konsep Hijrah
1.     Hijrah perkataan Arab yang bermaksud berpindah.
2.     Dalam konteks Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah . Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan sebagai  strategi penyebaran Islam.
3.     Pengertian lain – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.
4.     Semangat ingin berubah. Ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.

Senaraikan empat alasan untuk menjawab tuduhan orientalis barat bahawa nabi Muhammad lari dari Makkah ke Madinah.
Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Pendapat ini perlu disangkal kerana:
a.      Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
b.     Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.
c.     Orang Islam Makkah diberi jaminan kjeselamatan dan diberi tempat tinggal.
d.     Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.

Jelaskan cara penghijrahan Nabi Muhamad saw:
1.     Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan Saidina Ali Abu Talib diminta untuk menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.
2.     Nabi berhijrah bersama Abu Bakar meninggalkan Makkah .
4.     Nabi bersembunyi di gua Thur selama 3 hari untuk menunggu masa aman.

Senaraikan tokoh yang membantu hijrah Nabi Muhammad
1. Abdullah bin Abu Bakar – intip kegiatan orang Quraish
2. Asma binti Abu Bakar – menghantar makanan
3. Amir bin Fuhairah – gembala kambing agar susu kambing diberi kepada baginda.
4. Abdullah bin Arqat – penunjuk jalan (waktu itu beliau belum Islam)

Nyatakan Sebab dan Tujuan Hijrah
1.     Perintah Allah swt menerusi wahyu Surah al- Anfal.
2.     Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam
3.     Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.
4.     Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Masyarakat Madinah memerlukan pemimpin untuk mendamaikan ketegangan.

Jelaskan Kepentingan Hijrah
1.     Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman.
2.     Untuk mendamaikan masyarakat Arab di Madinah iaitu Suku Aus dan Suku Khrazraj.
3.     Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam Makkah dan Madinah iaitu golongan Ansar dan Muhajirin..
4.     Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.
5.     Dapat mengamalkan amalan tolong-menolong di kalangan golongan Ansar dan Muhajirian iaitu:
a.     Menjaga keselamatan
b.     Menyediakan modal untuk berniaga
6.     Keamanan di Madinah dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain
7.     Wujud takwim Hijrah. Mula digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin kedua – Umar al Khattab.
8.     Wujud masjid. Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’. Fungsi masjid pelbagai seperti:
a.     Tempat beribadat
b.     Tempat belajar
c.     Tempat bertemu dan berbincang akan masalah
d.     Tempat aktiviti jual beli.
9.     Pertukaran nama Yathrib kepada Madinah Al Munawarah yang bermaksud Kota yang Bercahaya. Madinah menjadi pusat tamadun Islam dan agama Islam.
10.    Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan.
11.    Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi yang sanggup menggadai nyawa, dan harta. Contoh Abd Rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk Islam.
12.    Memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara. Contoh puteri Abu Bakar Al Siddiq iaitu Asma’ binti Abu Bakar menghantar makanan dan berita semasa persembunyian Nabi di Gua Thur.
13.    Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung halaman.
14.    Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi mengatur strategi.
15.    Kewujudan negara Islam pertama iaitu Madinah.

Soalan KBKK
1. Mengapa kita perlu berhjrah?
2. Beri contoh hijrah yang boleh dilakukan oleh pelajar?

Apakah Piagam Madinah atau Sahifah Madinah
1.     Perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang dirangka  Nabi pada 622M dengan berpandukan wahyu.
2.     Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan Islam.
3.     Mengandungi tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya
4.     Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
5.     Terdapat 47 fasal .
a. 23 fasal membincangkan hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka.
b. 24 fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.
6.     Boleh dirumus kepada 7 aspek penting yg merangkumi politik, ekonomi, sosial spt
a.      Pentadbiran
            i.      Nabi Muhamad pemimipin di Madinah
            ii.     Nabi  sebagai hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan bukan Islam
b.     Agama
            i.      Bebas mengamalkan sebarang agama
            ii.     Bebas mengamalkan adat jahiliah selagi tidak bertentangan dengan Islam.
c.     Sosial
            i.      Masyarakat Madinah adalah sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
            ii.    Tidak boleh bermusuhan
d.     Perundangan
            i.      Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
e.      Pertahanan
            i.      Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara Madinah
f.       Kedudukan kaum Yahudi
            i.      Keselamatan terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah
g.     Ekonomi
            i.      Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara
            ii.     Unsur penipuan dan riba dihapuskan.

Jelaskan Kepentingan Piagam Madinah
1.     Model kerajaan Islam yang unggul
2.     Unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama dan kaum
3.     Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.
4.     Menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
5.     Berjaya membentuk masyarakat  berasaskan ummah
6.     Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berasaskan undang-undang syariah.
7.     Negara diwujud atas dasar pelembagaan terlebih dahulu.
8.     Berjaya menyusun masyarakat kehidupan yang sistematik
9.     Wujudkan semangat kerjasama dan sama-sama  bertanggungjawab menjaga keselamatan negara hingga menjadikan kerajaan Islam kuat dan disegani.
  
Strategi Penyebaran Islam
1.     Menghantar utusan ke Rom, Rom  Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di sekitar semenanjung Arab.
2.     Tidak dengan paksaan tetapi dengan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
3.     Menerusi warkah atau surat untuk wujud persefahaman

Peperangan dalam Islam
1.     Siri peperangan dalam Islam: Antaranya:
a.     Perang Badar 624M/2H.
b.     Perang Uhud 625M/3H
c.     Perang Khandak 627M/5H
d.     Perang Tabuk 630M/8H
2.   Perang dalam Islam mesti mengikut prinsip tertentu, iaitu
a. Berperang dengan izin Allah swt setelah turunnya wahyu.
b. Berperang apabila diserang oleh musuh.
c. Berperang untuk mempertahankan maruah diri, harta, agama dan negara
c.     Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga.
d.     Menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
e.     Islam menganjurkan perdamaian jika musuhnya inginkan perdamaian.
f.      Dakwah mesti dilaksanakan dengan baik
g.     Perang berpandukan aspek berikut:
                  i.      Tidak boleh membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit, dan orang yang menyerah diri.
                  ii.      Tidak dibenarkan membunuh  binantang ternakan, dan tanaman.
                  iii.      Dilarang meroboh rumah ibadat.
h. Tawanan. Nabi mengampunkan orang tawanan Arab Quraish, Tawanan Wanita dan kanak-kanak dibebaskan. Lelaki diberi syarat untuk dibebaskan. Mereka perlu  mengajar 10 kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai.

 Sebab Pembukaan Semula Kota Makkah
1.     Tempat kelahiran Nabi Muhamad saw dan tempat lahirnya Islam.
2.     Orang Quraish melanggar perjanjian Hudaibiyah 630M.
3.     Satu strategi jangka panjang dalam penyebaran Islam.
4.     Kedudukan Madinah akan menjadi lebih mantap jika Makkah dapat ditawan.

Sebab Pembukaan Semula Kota Makkah dapat dilakukan dengan mudah.
1.     Tanpa kekerasan
2.     Peringkat awal menghantar tentera Islam – empat pasukan 10000 orang.
3.     Diketuai panglima tentera yang hebat seperti Khalid Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair Al Awwam.
4.     Tentera islam masuk Makkah melalui 4 penjuru.
5.     Keyakinan dan setia kawan kunci kejayaan tentera Islam.
6.     Pengislaman Abu Sufian dan Al Abbas – memudahkan lagi Makkah dibuka.
7.     Nabi memberi jaminan keselamatan kepada penduduk Makkah.

Jelaskan Kepentingan Pembukaan Kota Makkah
1.     Menunjukkan semangat persaudaraan Islam dengan memberi jaminan keselamatan
2.     Menunjukkan semangat perpaduan dalam negara yang terdiri dari pelbagai agama dan keturunan
3.     Sifat pemaaf Nabi saw terserlah – tidak membalas dendam terhadap orang Quraish.
4.     Kaabah terpelihara daripada kemungkaran. Berhala di Kaabah dihapuskan.
5.     Makkah kota suci umat Islam dalam melakukan ibadah.
6.     Membuktikan kukuhnya negara Islam di Madinah.
7.     Bermulanya penyebaran Islam secara menyeluruh ke Tanah Arab tanpa paksaan.
8.     Wujud wilayah Islam yang kuat di Makkah manakala  Madinah masih kekal sebagai pusat pemerintahan.
9.     Titik akhir perjuangan Nabi saw dan pada 632M/11H Nabi Muhamad wafat. Khutbah akhir Nabi menyatakan
a.     Setiap orang Islam bersaudara
b.     Nabi meninggalkan pusaka iaitu al quran dan sunnah.

BAB 6 TG 4: KERAJAAN ABBASIYAH, PERTEMBUNGAN TAMADUN

Jelaskan Pembentukan Kerajaan Abbasiyah
1.     Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.
2.     Peringkat awal sulit kemudian terbuka.
3.     Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)
4.     Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
5.     Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
6.     Ambil sempena nama bapa saudara Nabi saw – Al Abbas.
7.     Amal sistem monarki iaitu warisan.
8.     Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan dipindahkan dari Syria ke Bagdad.
9.     Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan

Jelaskan Sumbangan Abbasiyah
1.     Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.
2.     Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .
3.     Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al rashid.
4.     Kegiatan utama:
a.      Terjemah ilmu falsafah dan sains, terutama dari Yunani.
b.      Penulisan. 3 tahap kegiatan penlisan:
i.       Catat segala idea atau percakapan
ii.      Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.
iii.     Mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..
c.     Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Hanifah ( Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.
c.     Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.
5.     Kelebihan terjemahan:
a.      Terjemahan turut buat perubahan karya asal. Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.
b.     Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.
c.     Penubuhan institusi Baitul Hikmah dapat tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan memulakan  kebangkitan Eropah dari zaman gelap.
6.     Kesan perkembangan ilmu:
a.     Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance di Eropah.
b.     Tingkat pengetahuan manusia dan warisan ilmu yang tidak ternilai.
c.      Keterbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.
d.     Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.
e.     Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.

Soalan KBKK
1. Nyatakan usaha yang harus dilakukan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu?

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain
Cara pertembungan: TOV Negeri Terengganu
1.     Perdagangan dan perniagaan
a.      Zaman Nabi pertembungan dengan Syam melalui perdagangan
b.     Penguasaan Islam di Teluk Parsi, Laut Merah dan Timur Mediteranean. Berlaku pertembungan dengan Tamadun Rom dan Yunani
c.     Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina .
2.     Hubungan diplomatik
a.      Penghantaran kumpulan peneroka ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.
b.     Bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova, Valencia, dan Rhonda dan berjaya buat hubungan diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik,keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.
3.     Penaklukan dan ketenteraan
a.      Kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan.Menguasai Iraq dan Iran. Bertembung dengan Tamadun Parsi.
b.     Penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah.
4.     Kebudayaan
a.      Kemasukan Islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama.berpusat di Cardova.
b.     Lahir golongan Mozarab – orang Kristian yang ambil kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.
5.     Intelektual
a.      Berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam.
b.      Ilmuan Islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.

Kesan Pertembungan
1.     Agama Islam tersebar dan mudah diterima. Masyarakat mula memahami konsep akidah dan kepercayaan kepasda Allah. Sediakan sistem perundangan berdasarkan Quran dan Hadis. Berasaskan syariah dan akidah mudah diterima kerana sifat islam yang sarwajagat. Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.
2.     Perluasan kawasan dan ekonomi
a.      Melahirkan bentuk kerajaan dan masyarakat Islam baru spt
i.      Kerajaan Delhi Mughal
ii.     Di China wujud masyarakat islam
iii.      Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.
b.     Membolehkan  orang Islam menguasai ekonomi. Dengan memastikan keselamatan laluan perdagangan. Buktinya;
i.      Kerajaan Uthmaniah mempunyai Armada laut yang kuat .Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk Parsi.
c.     Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India,Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia, dan selatan gurun Sahara.
d.     Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia timur dan barat.
3.     Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial
a.      Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama – cth di Balkan Zaman Uthmaniyah.
i.      Perkembangan pendidikan agama dan bukan agama spt Matematik,  Sains dan Teknologi. Zaman Abbasiyah pelajar diwajbkan belajar - Ilmu Mantik ( Logik ), Geografi, Sejarah, Sains Fizikal dan Biologi.
ii.      Tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Zaman Uthmaniyah , di Sepanyol – orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam.
iii.     Betutur dalam bahasa Arab, berpakaian Islam, tatasusila kehidupan. – dilakukan sehingga zaman Renaissance
iv.     Peranan penting dimainkan oleh golongan Mudejar – orang Islam setempat yang menetap di kawasan majoriti Kristian.
4.     Pertukaran pendapat antara cendikiawan.
a.      Peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan.
b.     Diterjemahkan  daripada penulis Greek spt Aritotle, Plato, Galen dan Hipocrates.
c.     Proses penterjemahan. Wujudkan perpustakaan di Cordova. Pembinaan  Baituhikmah, Zaman Abbasiyah
d.     Wujudkan budaya keilmuan  dan intelektual yang tinggi.
e.      Ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikan  ialah:-
i.      Abu al-Aswad al- Duali 7M
ii.      Hunayn bin Ishaq 873M – terjemah karya Greek
iii.      Al-Fazari – terjemahan hasil karya Tamadun India.
5.     Perkembangan penterjemahan dan intelektual.
a.      Zaman kemuncak antara 8M- 1258M
b.     Lahirkan cendikiawan Islam spt:-
i.      Zakaria al-Razi ( 865 -925M) – Perubatan – Kepentingan klinikal, Hasilkan 20 karya spt Al-Hawi( Ensiklopedia perubatan) Terjemahkan hasil Galen-ahli perubatan Greek
ii.       Al-Zahrawi ( 936-1013M) – Kajian Perubatan dan Farmasi
iii.      Al-Khawarizmi – Matematik dan Astronomi.
iv.      Al-Battani – Matematik dan Astronomi
v.       Abu Ishaq - Matematik dan Astronomi
vi.      Al-Biruqi – Matematik dan Astronomi
vii.     Al-Bitruni - Matematik dan Astronomi
viii.    Al-Farabi – Pemikiran politik dan Undang-undang
ix.      Al-Miskawayh – Pemikiran politik dan Undang-undang
x.       Al-Mawardi - Pemikiran politik dan Undang-undang
xi.      Ibn-Sina – Ilmu Mantik dan falsafah
xii.      AL-Kindi –  Ilmu Mantik dan falsafah
xiii.     Fakhr al-Din –  Ilmu Mantik dan falsafah
xiv.     Al-Razi – Ilmu Mantik dan falsafah
xv.      Ibn al-Arabi – Ilmu Mantik dan falsafah
xvi.     Ibn Rushd – Ilmu Mantik dan falsafah
xvii.    Imam Ghazali - Ilmu Mantik dan falsafah

Soalan KBKK
1.  Pada pandangan anda, mengapa kita perlu menjalinkan hubungan dengan negara lain

BAB 7 TG 4: PENGARUH ISLAM DARI ASPEK GAYA HIDuP DAN EKONOMI DI ASIA TENGGARA.

Cara Hidup
1. Sebelum Islam dipengaruh oleh animisme, Hindu dan Buddha.Selepas Islam unsur semangat dan keramat beransur hilang
2. Wujud cara berpakaian Islam spt:- bertudung, bersongkok
3. Islam jadi Addin – satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.
4. Sistem sosial berubah:-
a.        Tiada kelas – wujud persaudaraan Islam dan persamaan taraf.
b.        Nilai akhlak Islam jadi panduan hidup.
c.         Sifat tolong menolong, hormat menghormati, dan berkerjasama, bersatu padu dan wujud semangat kerjasama.

Ekonomi.
1. Wujud Baitul Mal- di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Baitul mal berfungsi sebagai Perbendaharaan Negara dari hasil
2. Zakat dan Sedekah.
3. Harta milik negara – kekayaan sumber alam spt minyak
4. Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui istitusi yang ditubuhkan BaitulMal.
5.  Islam galakkan umatnya rajn bekerja dan melarang mengemis.
6. Nilai jimat cermat, dan menghalang unsur yang bertentangan dengan ekonomi Islam spt Riba, tipu,peras,penindasan.

Soalan KBKK
1.  Pada pandangan anda, apakah nilai-nilai Islam yang boleh dijadikan pandan hidup?

BAB 8 TG 4: PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA DALAM EKONOMI

1. Sebutkan  faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan Kerajaan 
 Melaka.( ms 209 ) 
Strategik
Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di tengah-tengah perjalanan di antara Timur dan Barat.
Selat Melaka
Peranan Selat Melaka.
Angin
Terlindung daripada angin monsun.
Kemudahan
Pelbagai kemudahan disediakan menyebabkan pentadbiran dan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar.
Cekap
Pentadbiran yang cekap dan terbuka iaitu pegawai-pegawai dilantik  seperti laksamana dan syahbandar
Sukatan
Sistem sukatan dan timbangan yang sistematik diperkenalkan 
Tukar
Sistem tukar barang dan kaedah jual beli dijalankan dalam urusan  perdagangan
ULM
Undang-Undang Laut Melaka digubal untuk melicinkan pentadbiran di pelabuhan

2. Nyatakan ciri-ciri mata wang yang mendapat pengaruh Islam dalam  kerajaan Melayu tradisional.

Timah
Umumnya negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang diperbuat daripada timah
Bulat
Mata wang timah pada zaman Melaka berbentuk bulat / beratnya satu kati lapan tahil  
Sultan
Dicatat nama sultan memerintah / tarikh Islam  pada mata wang tersebut
Pasai
Mata wang Pasai /  Hormuz /  Cambay digunakan di Melaka
Katun
Di Johor mata wang timah dikenali sebagai katun
Tarikh
Tidak mempunyai tarikh / berbentuk bulat /  segi enam
Jawi
Mempunyai tulisan jawi / Arab
Kedah
Mata wang timah Kedah untuk kegunaan tempatan
Ayam
Berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.
Patah
Mata wang ini boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan
Emas
Terdapat mata wang diperbuat daripada emas
Meluas
Digunakan secara meluas di Kedah / Johor
Johor
Mata wang emas Johor tertua pada zaman Sultan Alaudin Riayat Syah
Kupang
Mata wang emas Johor digelar kupang
Nama
Tertera nama dan pangkat sultan yang memerintah
Gelaran
Di belakang tertulis gelaran Islam sultan iaitu Khalifatul Muslimin
Kijang
Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang
Eropah
Pedagang Eropah menggunakan wang perak
India
Pedagang India / China / Arab menggunakan mata wang emas

3. Nyatakan tentang aktiviti percukaian yang diamalkan pada zaman Kesultanan
        Melaka 
 
Pedagang
Pedagang yang berniaga di Melaka wajib membayar cukai terhadap barang dagangan sebelum memulakan perniagaan
Tetap
Cukai paling asas ialah cukai tetap(cukai import) yang telah ditetapkan oleh pemerintah
India
Pedagang India /  Ceylon / Tanah Arab, /  Siam /  Pegu dikenakan cukai enam peratus dari jumlah barang dibawa
Jepun
 Pedagang Jepun dan China dikehendaki membayar cukai lima peratus
Beras
Terdapat barangan dikecualikan cukai iaitu beras / makanan
Bazaar
Setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilaksanakan di bazaar sepanjang sungai Melaka
Asing
Orang asing menetap di Melaka dikenakan  cukai
Cukai Raja
Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan Cukai Raja tiga peratus
Lain
Orang asing lain dikenakan Cukai Raja enam peratus

4. Nyatakan pengaruh Islam dalam aspek ekonomi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Riba
Amalan riba tidak dibenarkan.
Zakat
Golongan kaya dan berkemampuan diperintah membayar zakat harta
Baitulmal
Zakat akan disimpan oleh baitulmal.
Ceti
Golongan ceti dibenarkan memberikan pinjaman wang.
Selenggara
Baitulmal menyelenggarakan harta kerajaan
Kemakmuran
Harta digunakan kemakmuran negara.
Bantuan
Memberi bantuan kepada masyarakat yan memerlukan

Soalan KBKK
1. Pada pendapat anda, bagaimana cukai dapat membantu membangunkan negara?

 BAB 9 TG 4: ZAMAN GELAP. TOV Negeri Terengganu

Maksud Zaman Gelap
Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom,masyarakat dalam keadaan mundur,merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.
Mengalami kemerosotan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.

Ciri-ciri kehidupan pada Zaman Gelap.
 Tiada pentadbiran pusat yang berkesan. yang mengawal tingkah laku rakyat dan pembesar.
Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di Eropah.
Kelembapan ilmu pengetahuan
Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan.
Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar.
Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya menyaingi penguasaan orang islam di Mediterranean.
Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi kepada  pertanian sara diri.
Perniagaan barang dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana penggunaan matawang terhad.

Soalan KBKK
1. Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan negara kita daripada mengalami  zaman gelap?
Ciri-ciri persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal masyarakat Melayu tradisional.
Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara dengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak.
Pembesar memberikan khidmat kepada pihak raja manakala golongan pembesar mendapatkan naungan daripada pihak istana dan dianugerahkan tanah.
Pembesar memaksa rakyat memberikan khidmat kepada mereka dengan mengerjakan tanah.Hasil cukai dikutip untuk diserahkan kepada raja.
Pembesar melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar dan membina istana.
Rakyat jadi hamba kerana gagal bayar hutang/cukai.

Revolusi Pertanian

Sistem tanah di Britain
1.     Tanah awam
2.     Tanah milikan persendirian

Kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap tuan tanah yang kaya.
Meluas
Tuan tanah memiliki tanah yang luas.
Bentuk ladang
Membentuk ladang pertanian.
Beli tanh
Golongan tuan tanah dapat membeli tanah awam.
Tanah dipagar
Semua tanah milik tuan tanah dapat dipagar.

Kesan Akta Pemagaran tanah terhadap petani-petani kecil
Kemampuan
Petani kecil tidak mampu memagari tanah.
Kos tinggi
Kos untuk memagar tanah tinggi.
Jual tanah
Petani terpaksa menjual tanah.
Kerja ladang
Terpksa bekerja di ladang milik tun tanah yang kaya.
Buruh kilang - bandar
Berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.
Hilang rezeki
Petani kecil yang bergantung kepada tanah awam hilang punca rezeki.

Sebab berlaku Revolusi Pertanian di Britain.
Milik tanah dapat kelulusan – pagar
Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah persendirian setelah
 tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen untuk memagar tanah awam
bagi membolehkan penanaman secara ladang.
Pertambahan penduduk
Britain menghadapi pertambahan penduduk,menyebabkan permintaan
hasil pertanian meningkat dan menyebabkan harga gandum meningkat.
Tanaman bergilir
Kaedah penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend
dengan menanam pelbagai jenis tanaman secara berterusan sepanjang tahun.
Kesuburan tanah dijaga.
Melalui kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman
berbeza memerlukan nutrien yang berbeza serta tanah tidak dibiarkan kosong.
Tanaman baru.
Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.
Jentera pertanian
Terdapat alat yang dicipta olh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan
menugal serta penanaman biji benih dapat dilakukan dengan pantas.
Baja asli
Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur
dan hasil pertanian meningkat.
Pemasaran produk – didagangkan.
Lebihan produk dapat diperdagangkan melalui kaedah pemasaran yang meluas.

Kesan Revolusi Pertanian di Britain pada abad ke-18.
Punca ekonomi
Pertanian menjadi punca ekonomi negara.
Lebihan dieksport
Lebihan produk dieksport.
Peladang jadi pedagang
Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.
Makanan mencukupi
Menyedikan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar.
Tuang tanah - tokoh
Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh pentig dalam masyarakat.
Pertanian skala besar
Muncul sistem ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang
pertanian membolehkan rakyat bekerja sebagai buruh ladang
mewujudkan golongan buruh dan majikan.

Soalan KBKK
1.   Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang patt dilakukan untk menjadikan Malaysia sebagai negara yang berjaya dalam  bio teknologi?

 BAB 10 TG 4: PERBANDARAN, UNDANG-UNDANG TANAH

Apakah faktor yang membantu proses pembandaran?(ms.263-264)
Kata kunci
Huraian
Ekonomi
Pertambahan fungsi ekonominya
Penduduk
Pertambahan penduduk
Pelbagai
Menjalankan pelbagai fungsi seperti  pusat pentadbiran/perbank/pusat kegiatan ekonomi
Kemudahan
Adanya kemudahan jalan raya/ bekalan air bersih/sekolah/bank/pusat kegiatan ekonomi
Strategik
Kedudukan strtategik/menghubungkan beberapa buah bandar
Perhubungan
Kemajuan dalam sistem perhubungan
Pertanian
Perkembangan pertanian komersial/getah
Perlombongan
Faktor perlombongan- Perkembangan perlombongan bijih timah/minyak petroleum
pelabuhan
Kawasan pelabuhan
pengumpulan
Pusat pengumpulan dan pengeksport hasil seperti lada hitam/gambir

7. Fungsi bandar baru?(ms.263-264)

Kata kunci
Huraian
Ekonomi
Pusat kegiatan ekonomi penjajah
Lombong
Tempat pengumpulan hasil lombong
Keperluan
Tempat mendapatkan keperluan harian
Pentadbiran
Pusat pentadbiran
Perniagaan
Pusat perniagaan
Perbankan
Perbankan
Petempatan
Tempat pertempatan penduduk
Pengumpulan
Pusat pengumpulan hasil pertanian komersial
Penghubung
Tempat persimpangan dan penghubung beberapa bandar lain
Pelabuhan
Berperanan sebagai bandar pelabuhan

8. Pada pendapat anda, mengapakah pantai barat Tanah Melayu lebih pesat mengalami proses perbandaran berbanding pantai  timur ?

Kata kunci
Huraian
Sumber
Pantai barat mempunyai banyak sumber semulajadi
Ekonomi
Pusat kegiatan ekonomi penjajah
Perlombongan
Banyak kawasan perlombongan di pantai barat
Komersial
Pertanian komersial juga banyak di pantai barat
Perniagaan
Banyak pusat perniagaan
Pentadbiran
Pusat pentadbiran awal penjajah
Kemudahan
Pelbagai kemudahan/infrastruktur
Pelabuhan
Memiliki pelabuhan



Dasar British Terhadap Pertanian
Tanaman baru
Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah.
Komersilkan tanaman
Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
Tanaman Ladang
Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India.
Pemilikan tanah
Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi.
Lindung tanah Melayu
Melindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.

Tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu
Elemen utama.
Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.
Sistem Pemilikan tanah Melayu.
Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
Tiada Rekod
Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.
Rekod Bertulis
Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
Mudahkan Pentadbiran
Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian.
Jadikan Cagaran
Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
Nilai Komersial tanah
Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan.
Ketentuan Cukai
Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
Permohonan Tanah
Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan membuat permohonan di Pejabat Tanah.
Kebenaran Pejabat Tanah.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan.

Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat Melayu
Permohonan – Pejabat Tanah
Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah.
Kuasa residen
Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah yang diberikan kepada para pemodal.
Kebenaran Pejabat Tanah
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber huan seperti nipah,damar dan rotan.
Sistem Wang
Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.
Urusan dengan wang
Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
Melayu Pinjam Wang
Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang.
Melayu  Jual Tanah.
Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

Undang-undang tanah yang diperkenalkan di Tanah Melayu ,Sabah dan Sarawak.
1.     Akta Tanah Simpanan Melayu
2.     Land Order
3.     Land Settlement Order
4.     Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi

Tindakan British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi
AktaTanah Simpanan Melayu.
Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.
Jamin eko./politik.
Akta ini diperlukan untuk menjamin masa depan ekonomi dan politik orang Melayu.
Elak pindah milik.
Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.
Kuasa isytihar
Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu.
Tak Benar tanam komersial.
Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.
Padi dan kelapa.
Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.
Land Order – hak milik di Sarawak.
Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak milik tanah peribumi Sarawak.
Lindungi drp Cina.
Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian.
Land Settlement Order.
Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah peribumi.
Warisan dan pemilikan
Pemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.
Elak pajakan,pecah..
Mengelakkan berlaku pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah terhadap tanah warisan.
Pembahagian jenis tanah
Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran,tanah simpanan dan tanah pedalaman.
Imigran - Tanah campuran
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.
Warta Hak Pribumi.
Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.
Peg Daerah – kuasa – Sabah.
Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah.
Sebelum 1888 tak sah
Menganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum 1888.
Peg Daerah – kuasa – niaga.
Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan Eropah.
Tiada Tuntut ganti rugi.
Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

Kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak.
Lindungi drp ceroboh
Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan pertanian.
Lindung tanah pribumi
Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.
Pindah milik melalui pewaarisan.
Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk mengelakkan berlakunya pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah.
Bahagi kpd 3 kaw.
Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan tanah pedalaman.
Tanah campuran-imigran.
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.
Kuasa Pegawai Daerah.
Proklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
Urus niaga tanah dimaklumkan
Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.
Berhak ganti rugi
Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.


BAB 1 TG 5: BIROKRASI BARAT, NASIONALISME DI ASIA TENGGARA, NASIONALISME DI THAILAND

Perubahan Sistem Politik
1. Sebelum Kedatangan imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara
mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2. Bagi imperialis Barat, mereka perlu menguasai sistem politik untuk menguasai
ekonomi negara jajahan bagi mencapai matlmat utama mereka.

Pengenalan Sistem Sirokrasi Barat
1. Ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat yang Diperkenalkan di Negara-negara Asia
Tenggara.
 Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah
jajahan.
 Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
 Perlaksanaan pentadbiran melalui biro.
 Perlantikan pegawai barat sebagai ketua biro.
 Pengenalan undang-undang barat.

Sistem Birokrasi Barat di Filipina
1. Terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah
oleh golongan datu.
2. Di selatan kepulauan Filipina terdapat kerajaan-kerajaan Islam.
3. Apabila Sepanyol menguasai Filipina, mereka kemudiannya memperkenalkan
sistem pentadbiran berpusat.
4. Pentadbiran pada peringkat tempatan pula dilaksanakan di bawah Sistem
Encomienda yang diketuai oleh Encomiendo dan dibantu oleh Encominda
(barangay-barangay yang digabungkan)
5. Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan
tradisional dan pengaruh golongan datu.

Sistem Birokrasi Barat di Indonesia
1. Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan
Maratam dan kerajaan Bantam di Jawa.
2. Setiap kerajaan tersebut diterjui oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.
3. Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar
daerah atau bupati (di Jawa).
4. Setelah Belanda menguasai Indonesia, mereka telah membahagikan
pemerintahan Indonesia kepada dua:
 Pentadbiran Pusat
 Pentadbiran Tempatan.
5.Perubahan yang diperkenalkan oleh kuasa Barat dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia. Ciri-ciri Perubahan
a. Pentadbiran Pusat Diketuai oleh Gabenor Jeneral
b. Pentadbiran Tempatan Dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
c. Penubuhan Jabatan Kerajaan Antaranya Jabatan Pelajaran dan Pertanian.
d. Penubuhan Dewan Tempatan Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi
tiada kuasa perundangan.
e. Penubuhan Volsraad  yang Merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai
satu langkah ke arah kemerdekaan.
f. Penubuhannya akibat desakan Sakerat Islam.

Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand
• Melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
• Penasihat barat digunakan untuk melatih pegawai tempatan
• Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
• Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
• Penasihat Perancis dalam ketenteraan

Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand :
• Memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri
• Melantik juruaudit dari Britain
• Pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidikan
• Memperkenalkan sistem raja berperlembagan menggantikan raja berkuasa mutlak
• Pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara
• Penubuhan Kerajaan Pusat
• Pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
• Pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
• Pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
• Terhapusnya institusi raja
• Raja kehilangan kuasa
• Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
• Pentadbiran dijalankan melalui biro-biro
• Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
• Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
• Pengenalan sistem undang-undang Barat
• Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
• Rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan di negara mereka
• British memperkenalkan sistem kehakiman barat
• Raja menerima penasihat Barat
• Raja terpaksa menerima penasihat barat atau residen
• Residen dan penasihat barat menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal
  agama dan adat istiadat melayu
• Pembesar tempatan hilang pengaruh
• Pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.

Soalan KBKK
1. Bagaimana kita dapat menggelakkan penjajahan?
2. Senaraikan kesan buruk penjajahan?
3. Beri penilaian pentadbiran tradisonal atau birokrasi barat lebih baik

BAB 2 TG 5: GERAKAN ISLAH, AKHBAR DAN MAJALAH, PERSATUAN KMS, PASPAM, DAN KMM

Faktor – faktor Pemangkin Nasionalisme.
► Huraikan sebab-sebab yang mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada
abad ke 20.
1. Pengenalan sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tradisional meletakkan seorang Residen dan Pegawai British mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
2. Kemunculan golongan intelek Melayu dari pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular
Melayu telah meningkatkan  kesedaran bangsa Melayu untuk menolak penjajahan British.
3. Dasar British menggalakkan kemasukan orang dagang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu dengan menguasai ekonomi dalam bidang perlombongan, perladangan dan perniagaan telah membangkitkan nasionalisme orang melayu tambahan pula  orang melayu kekal dalam penanaman padi.
4. Pembukaan bandar baru dengan pelbagai kemudahan dinikmati oleh orang asing sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan.
5. Dasar British telah memundurkan taraf hidup orang Melayu menyebabkan golongan intelek Melayu menjadikanya isu gerakan nasionalisme.
6. Pendudukan Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia menekankan kebebasan negara-negara Asia menentukan kemajuan dan kemerdekaan tetapi kekejaman Jepun menimbulkan kebencian penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.
7. Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari pada tahun 1945 membangkitkan
semangat menentang penjajahan kerana kekejaman dengan membunuh orang Melayu.
8. Kemunculan mesin cetak membolehkan penerbitan buku,akhbar,majalah dan kitab agama untuk menyampaikan idea menentang penjajah disebarkan dengan meluas.
9. Gerakan Pan Islamisme sedunia melahirkan Reformis Islam.  Syeikh Muhammad Abduh
membangkitkan kesedaran pemahaman Islam untuk menentang penjajahan terhadap
negara-negara Islam. Pemikiran beliau disebarkan dalam majalah al- Manar.
10. Kesedaran politik di Indonesia membolehkan penulis dan karya mereka menjadi bacaan
masyarakat di Tanah melayu tentang idea kebebasan politik dan penentangan terhadap
penjajahan.

Gerakan Islah
► Apakah yang dimaksudkan Kaum Muda.
1. Golongan berpendidikan Arab yang terpengaruh dengan gerakan Islah Islamiyiah di Timur
Tengah.

► Senaraikan tokoh-tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu.
1. Sheikh Tahir Jalaludin,Syed Sheikh al-Hadi dan  Dr Burhanuddin al-Helmy

► Huraikan sumbangan Syed Sheikh al-Hadi dalam gerakan Islah di Tanah Melayu.
1. Salah seorang pendokong Kaum Muda.
2. Menubuhkan Jelutung Press.
3. Menerbitkan akhbar Saudara memuatkan idea kaum muda.
4. Mendirikan madrasah al-Masyor di Pulau Pinang.
5. Menulis novel Hikayat Faridah Hanum membincangkan kebebasan dan pendidikan kepada wanita.

► Nyatakan dasar perjuangan Kaum Muda.
1. Mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.
2. Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia, termasuklah
gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan,politik dan sosial orang Melayu.
3. Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
4. Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan
orang Melayu.

► Namakan akhbar dan majalah yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyampaikan perjuangan mereka.
1. Al Imam, Neraca, Idaran Zaman dan Pengasuh

► Apakah langkah-langkah yang diambil oleh British untuk menyekat perjuangan Kaum Muda.
1. British mengeluarkan undang-undang menyekat pengaruh kaum Muda di Negeri-Negeri
Melayu.
2. Mengeluarkan undang-undang tidak membenarkan kegiatan dakwah Islam tanpa kebenaran Sultan.
3. Tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Neger-Negeri Melayu.
4. Mengenakan hukuman yang berat kepada sesiapa yang mencetak tulisan berhubung agama Islam tanpa kebenaran Sultan.
5. Meminta mufti atau pegawai yang dilantik oleh Sultan menapis segala tulisan berhubung
agama Islam.

► Apakah kejayaan yang dicapai oleh kaum Muda dalam perjuangan mereka di Tanah Melayu.
1. Berjaya menentang pengaruh Kaum Tua berhubung dengan ajaran Islam yang sebenar.
2. Berjaya menubuhkan madrasah iaitu sekolah Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol.
3. Menjalankan sistem pendidikan Islam meliputi pendidikan dunia dan akhirat seperti fardu
Ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris.
4. Memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapat pendidikan.
5. Berjaya membawa idea nasionalisme peringkat awal di Tanah Melayu.

► Terangkan perkembangan gerakan Islah yang diperjuangkan oleh Kaum Muda di Tanah Melayu pada abad ke 20.
1. Peringkat awal ditentang oleh Kaum Tua yang menguasai fahaman masyarakat Melayu. Islam hanya berkaitan dengan akhirat dan fardu ain sahaja.
2. Gerakan ini hanya bergerak di Negeri- Negeri Selat sahaja kerana terdapat undang-undang dikeluarkan oleh Negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh Kaum Muda.
3. Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa
kebenaran Sultan.
4. Undang- undang ini juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke negeri-negeri tersebut.
5. Menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menjalankan sistem pendidikan Islam yang
meliputi ilmu dunia dan akhirat seperti pendidikan fardu ain,ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
6 Madrasah ini juga memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan
pendidikan.

PERANAN AKHBAR, MAJALAH, NOVEL, PERSATUAN  MENINGKATKAN SEMANGAT NASIONALISME
► Senaraikan akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920 an dan 1930 an.
1. Warta Melayu 
2. Lembaga Melaya 
3. Majlis
4. Utusan Melayu 
5. Warta Negara.

► Apakah isu sosial yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920- an dan 1930- an.
1. Memajukan pendidikan tinggi di kalangan orang Melayu.
2. Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
3. Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja dan tidak   
    berusaha.
4. Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
5. Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.
6. Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
7. Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dan diberi nilai ekonomi.
8. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
9. Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan islam.
10. Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.

► Terangkan isu ekonomi yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang dunia Kedua.
1. Menggalakkan penubuhan syarikat bekerjasama oleh orang Melayu.
2. Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana akan mengancam
ekonomi penduduk pribumi.
3. Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.
4. Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.
5. Menyeru orang Melayu berjimat cermat.
6. Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.

► Terangkan isu politik yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang
Dunia Kedua.
1. Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
2. Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana gagal memimpin rakyat.
3. Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
4. Menuntut diadakan Malay Administrative Service untuk melindungi orang Melayu dalam
perkhidmatan kerajaan
5. Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.
6. Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan

► Senaraikan majalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
1. Majalah Guru 
2. Pengasuh 
3. Bulan Melayu.

► Nyatakan isu-isu yang dibangkitkan oleh majalah-majalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
1. Memberi perhatian terhadap pendidikan ke atas anak- anak Melayu.
2. Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
3. Meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.
4. Meningkatkan taraf hidup orang Melayu.
5. Memajukan bahasa dan sastera Melayu.
6. Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bangsa.
7. Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah.
8. Memberi pentafsiran kepada persoalan orang Islam.
9. Memperluaskan ilmu dalam semua bidang.
10. Menggalakkan pendidikan tinggi di kalangan orang Melayu
11. Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk.
12. Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri.
13. Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.
14. Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

► Novel Keris Melaka,Anak Mat Lela Gila,Putera Gunung Tahan dan Melor Kuala Lumpur bertemakan semangat kebangsaan, jelaskan.
1. Memaparkan semangat perjuangan menentang penjajahan Barat seperti Portugis.
2. Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah.
3. Menggunakan sejarah sebagai Inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat
perjuangan bangsa bagi generasi muda.
4. Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.
5. Menghargai warisan bangsa sendiri.
6. Mencintai tanah air.
7. Menolak kesenangan demi maruah bangsa.
8. Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah.
9. Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.
10 Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu
menjatuhkan maruah bangsa.
11. Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupan.
12. Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan diri.
13. Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa.

Soalan KBKK
1.  Pada pandangan anda, mengapa media cetak dijadikan saluran untuk menyebarkan semangat nasionalisme?
2. Pada pandangan anda, apakah saluran  untuk menyebarkan maklumat sekarang
3. Sebagai pelajar bagaimana anda dapat mempengaruhi orang lain agar dapat menerima idea dan cadangan anda?

► Pada pendapat anda, mengapakah akhbar dan majalah sesuai menaikkan semangat nasionalisme orang Melayu.
1. Orang Melayu boleh membaca akibat daripada perkembangan sistem pendidikan.
2. Mampu dibeli kerana harganya murah.
3. Sesuai untuk menyebarkan tentang sesuatu isu dan idea.
4. Memaparkan cerita yang benar-benar berlaku.
5. Dapat berkembang secara meluas ke kawasan luar bandar.
6. Menjadi bahan bacaan utama orang Melayu.
7. Perkembangan teknologi percetakan.
8. Peranan yang dimainkan oleh persatuan,pertubuhan dan penulis.

► Jelaskan isu yang diperjuangkan oleh persatuan-persatuan dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum perang Dunia Kedua.

Kesatuan Melayu Singapura
1. Menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura dengan Mohammad
Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.
2. Sebagai wakil orang Melayu dalam Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
Persatan telah mendesak agar  kebajikan orang Melayu Singapura dijaga. Akhirnya persatuan  berjaya memperolehi sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu Singapura.
Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
1. Menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar mewujudkan perpaduan bagi
memajukan diri sendiri dan bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
2. Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Persatuan Melayu Sarawak
1. Mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa,serta menegakkan ajaran agama Islam.
Persatuan sahabat Pena Sabah
1. Mewujudkan perpaduan di kalangan anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga
kecil,pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.
Kesatuan Melayu Muda
1. Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung.
2. Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu.
3. Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung bersama
Indonesia.
Kongres Melayu
1. Membincangkan soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi.
2. Membincangkan pilih kasih British kepada anak negeri asal.
3. Mengatasi pemasalahan sosioekonomi dan politik.
4. Mengatasi perasaan kenegeriaan yang memisahkan orang Melayu.

► Apakah Melayu Raya atau Indonesia Raya.
1. Slogan atau cita- cita politik sebahagian kecil orang Melayu dibawah Kesatuan Melayu Muda.
2. Mahu menghidupkan semula kegemilangan empayar Melayu seperti Majapahit, Srivijaya dan Melaka.
3. Idea negara Melayu Raya dicetuskan oleh abdul Hadi Hassan Pensyarah Maktab
Perguruan Sultan Idris.
4. Menjadi matlamat perjuangan KMM menubuhkan negara untuk bergabung dengan Indonesia mencapai kemerdekaan daripada penjajah British.

► Huraikan perkembangan Kesatuan Melayu Muda dalam memperjuang semangat
nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
1. KMM ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob.
2. Matlamat penubuhan untuk menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung.
3. Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu.
4. Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung bersama
Indonesia untuk mencapai kemerdekaan.
5. KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
6. Menjadikan KMM badan propaganda Jepun. KMM membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British, dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.
7. KMM menubuhkan cawangan diseluruh Tanah Melayu bagi meluaskan propaganda
menentang British.
8. Maahad II Ihya Assyariff,di Gunung Semanggol menjadi penyokong KMM dengan
menyediakan kader-kader dikenali tentera semut untuk menentang British.
9. Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad, dan 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh British pada akhir tahun 1941 dan dipenjarakan di Changi,Singapura.

► Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyekat semangat kebangsaan penduduk tempatan semasa Jepun menjajah di Tanah Melayu.
1. Menjalankan pemerintahan ketenteraan.
2. Menyekat kebebasan bersuara penduduk di Tanah Melayu.
3. Memberi kebebasan kepada pertubuhan yang menyokong dan bergerak di bawah
pengawasannya.
4. Mengharamkan penerbitan semua akhbar.
5. Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Jepun seperti Malai Shibun untuk
Utusan Melayu.
6. Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.
7. Menerapkan nilai budaya Jepun dalam kehidupan seharian.

► Nyatakan pertubuhan-pertubuhan yang menentang ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu di antara tahun 1941 hingga 1945.
1. MPAJA- Parti Komunis Malaya mengadakan penentangan melalui gerakan bawah tanah
dengan bantuan senjata oleh pihak British.
2. Gerila- Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun.
3. Bintang tiga- Pasukan bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada tiga
kaum penting di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India menentang Jepun secara
gerila.
4. Force 136- Di kalangan orang Melayu pula ditubuhkan Force 136 keanggotaan terdiri
daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British,bergerak
secara gerila di hutan dan aktif di Kedah,Johor dan Pahang.
5. Wataniah-Pasukan Wataniah Pahang adalah pasukan sukarela menentang Jepun terdiri
daripada guru,pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan
Jepun.

BAB 5 TG 5: SURUHANJAYA REID DAN PTM 1957

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
► Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid.
1. Lord Reid 
2. Sir Ivor Jennings 
3. Sir William McKell.
4. Tuan Abdul Hamid 
5. Tuan b. Malik.

► Apakah isu yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
1. Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan pemberian kuasa autonomi
kepada negeri.
2. Suruhanjaya mengambil kira isu kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Persekutuan Tanah
Melayu.
3. Hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk peribumi.
4. Kerakyatan jus soli yang menjadi tuntutan orang dagang  tidak dapat diterima oleh
orang Melayu.
5. Kerakyatan jus soli dengan memberi hak sama rata kepada semua kaum akan
melemahkan kedudukan orang Melayu.
6. Setelah rundingan Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat
orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
7. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
8. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

► Jelaskan isi kandungan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
1. Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
2. Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan
dan Senarai Negeri.
3. Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara.
4. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan,iaitu secara Kuatkuasa Undang-Undang,Permohonan
dan Nutralisasi.Prinsip jus soli diterima.
5. Kedudukan Istimewa orang Melayu dikekalkan.
6. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
7. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
8. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
9. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.
10. Pentadbiran negara bersifat demokrasi berpalimen,iaitu Dewan Rakyat dan Dewan
Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
11. Pada peringkat negeri,Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu
Oleh Dewan Undangan Negeri dan Exco.

► Huraikan kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
1. Persetujuan yang dicapai menerusi pakatan murni membolehkan sebuah kerajaan
Demokrasi dengan konsep Raja Berpelembagaan dibentuk.
2. Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini kerana mereka menyedari
bahawa pakatan ini akan mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan
Tanah Melayu.
3. Menerusi pakatan murni, keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah.
4. Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah negara yang
berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri.
5. Dengan pengalaman sejarah yang sama,setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti
masyarakat yang merdeka.
6. Perbezaan warna kulit,agama,bahasa dan bangsa diketepikan.

► Terangkan tokoh-tokoh yang memberi sumbangan kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman
1. Sebagai Presiden UMNO menggantikan Dato’Onn Jaafar.
2. Ketua Menteri pertama setelah Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi
dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan yang pertama.
3. Kebijaksanaan mengendalikan pakatan murni antara kaum.
4. Mengetuai rombongan kemerdekaan ke London untuk berunding mendapatkan
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
5. Kemerdekaan dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.
6. Mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan.
Tun Abdul Razak
1. Menjawat Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
2. Menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London.
3. Menjadi Pengerusi jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem
pendidikan kebangsaan negara.
4. Pada tahun 1957 Penyata Razak digunakan dalam sistem pendidikan negara.
5. Dilantik menjadi Perdana Menteri kedua pada tahun 1970.
Tun H.S. Lee
1. Tokoh MCA yang telah memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea
penubuhan Parti Perikatan.
2. Parti ini bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan.
Tan Cheng Lock
1. Menjadi Presiden pertama MCA dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Malaya.
2. Penyokong kuat Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan.
Tun V.T Sambanthan
1. Presiden MIC yang bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapat kemerdekaan
negara.
2. Menyokong dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara.
3. Menyeru kaum India supaya memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada negara.

Soalan KBKK
1. Negara kita telah merdeka. Sebagai anak merdeka apakah usaha yang kamu boleh lakukan untuk mengisi kemerdekaan?

BAB 6 TG 5: LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA, SURHANJAYA COBBOLD

► Namakan Suruhanjaya melaksanakan gagasan Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold

► Senaraikan anggota Suruhanjaya cobbold yang ditubuhkan oleh Kerajaan British.
1. Lord Cobbold                       2. Sir Anthony Abell               3. sir David Watherston
4. Wong Pow Nee                   5. Tan Sri Ghazali Shafie.

► Terangkan tugas Suruhanjaya Cobbold.
1. Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
2. Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British pendapat
penduduk Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia.
3. Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pihak yang memberi
pandangan pembentukan Malaysia
.
► Nyatakan hasil laporan Suruhanjaya Cobbold.
1. Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia  tanpa syarat.
2. Satu pertiga menyokong dengan syarat,iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
3. Satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.

► Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold.
1. Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957.
2. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresen.
3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
4. Memberi jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
5. Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
6. Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

► Jelaskan usaha-usaha yang diambil kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan
Negara Malaysia pada 16 September 1963.
1. Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah serta ke Brunei untuk
menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
2. Mengadakan rundingan dengan pegawai-pegawai kanan Persekutuan dengan pegawai-
pegawai British dari Sarawak,Sabah dan Singapura.
3. Menubuhkan Jawatankuasa Perundangan Perpaduan kaum untuk menerangkan kepada
orang ramai tentang gagasan Malaysia,mengumpul pandangan dan menggalakkan kegiatan
ke arah pembentukan Malaysia.
4. Mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold untuk memberi
pertimbangan supaya Sarawak dan Sabah dimasukkan kedalam perlembagaan baru.
5. Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia dengan membuat
penilaian dan cadangan kepada British.
6. Jawatankuasa Antara Kerajaan ditubuhkan untuk menerangkan penubuhan Malaysia dan turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
7. Malaysia bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel dari Britain,Australia,New
Zealand dan Kanada setelah tentera Indonesia melancarkan serangan.
8. Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung pencerobohan Indonesia ke Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak.
9. Tun Abdul Razak mengada lawatan ke beberapa buah negara Afrika menjelaskan hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia setelah diburukkan nama Malaysia.
10.Malaysia,Indonesia dan Filipina mengadakan sidang kemuncak antara Tunku Abdul
Rahman,Presiden Seokarno dan Presiden Macapagal.
11. Hasil rundingan ditubuhkan MAPHILINDO dan ketiga-tiga negara bersetuju penyelesaian pembentukan Malaysia dirujuk kepada PBB.
12. Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dibentuk oleh Setiausaha Agong PBB, iaitu U Thant dengan menghantar wakilnya bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
13. Pada tahun 1966 mengadakan rundingan di Bangkok untuk memulihkan hubungan antara wakil Malaysia Tun Abdul Razak dengan Encik Adam Malik wakil Indonesia.
14. Pada tahun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua negara melalui MAPHILINDO.

Perjanjian Malaysia 1963.
► Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Malaysia.
Akta yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah
membentuk negara Malaysia.

► Senaraikan pihak yang terlibat meluluskan Akta Malaysia.
1. Parlimen British 
2. Parlimen Tanah Melayu
3. Dewan Perhimpunan Singapura 
4. Majlis Undangan Sarawak
5. Majlis Undangan Sabah.

► Nyatakan kandungan perjanjian Akta Malaysia 1963.
1. Semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
2. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
3. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain
masih boleh digunakan.
4. Bagi negeri Sarawak dan Sabah,bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun
selepas Hari Malaysia.
5. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
6. Sarawak memperoleh 24 kerusi,Sabah 15 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan
parlimen dalam pilihanraya.
7. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

► Susun secara Kronologi peristiwa pembentukan Malaysia. Tarikh Peristiwa
Jun 1961 -Tunku Abdul Rahman membuat lawatan ke Sabah,Sarawak
dan Brunei menerangkan konsep,tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
Julai 1961 -Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum.
Jan 1962 -Penubuhan Suruhanjaya Cobbold oleh kerajaan British.
Februari 1962 -Suruhanjaya Cobbold ahli dihantar meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
Jun 1962 -Laporan Suruhanjaya Cobbold diterbitkan.
Ogos 1962 -Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan.
Jun 1962 -Filipina menuntut hak terhadap Sabah.
Januari 1963 -Indonesia mengisytiharkan konfrantasi dengan dasar Ganyang
Malaysia.
Julai 1963 -Menubuhkan MAPHILINDO di kalangan Malaysia,Filipina dan
Indonesia.
Ogos 1963 -Wakil PBB dihantar ke Sarawak dan Sabah meninjau pendapat.
Ogos 1963 -Ratu Elizebeth memperkenankan Akta Malaysia.
26 Ogos 1963 -Yang dipertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia.
14 Sept. 1963 -Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disiapkan.
16 Sept 1963 -Pengisytiharaan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah
Melayu,Sarawak,Sabah dan Singapura.
1965 -Singapura berpisah dengan Malaysia.

Soalan KBKK
1. Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan rakyat Semenanjung dan rakyat Sabah dan Sarawak?

BAB 7 TG 5: PILIHANRAYA

► Apakah yang dimaksudkan dengan pilihanraya.
Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau peringkat
persekutuan.

► Apakah tujuan pilihan raya umum diadakan.
1. Membentuk kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.
2. Memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

► Senaraikan pihak yang terlibat dalam pilihan raya di negara kita.
1. Suruhanjaya pilihanraya 
2. Calon 
3. Pengundi.

► Jelaskan sistem pilihanraya di Malaysia.
1. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
2. Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan.
3. Pemilhandilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
4. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
5. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem majoriti mudah.
6. Pilihanraya merupakan ciri penting sistem demokrasi berpalimen.
7. Suruhanjaya pilihanraya adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak parti pemerintah atau pembangkang.
8. Keanggotaan SPR dilantik oleh yang di Pertuan Agong.
9. SPR bertindak menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihanraya,menjalankan
pendaftaran dan mengendalikan pilihanraya.
10. Pilihanraya umum diadakan 5 tahun sekali.
11. Pilihanraya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri serentak di seluruh negara.
12. Pilihanraya umum di Sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan.
13. Pilihanraya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan
Parlimen atau dewan Undangan Negeri disebabkan kematian,perletakkan jawatan dan
pelucutan jawatan.
14. Selepas kekosongan itu pilihanraya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi
Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
15. Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen.
16. Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja.

► Terangkan  tugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
1. Menjamin pilihanraya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau
pembangkang.
2. Menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihanraya.
3. Menjalankan pendaftaran pemilih.
4. Mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

► Nyatakan proses pilihanraya dijalankan di negara kita.
1. Pembubaran Parlimen oleh Yang di - Pertuan Agong.
2. Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
3. Penamaan calon-calon yang bertanding.
4. Penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding.
5. Pelancaran kempen pilihanraya.
6. Pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR.
7. Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada
pengundi di tempat mengundi.
8. Pembuangan undi di mana pengundi akan memangkah calon pilihanraya pada kertas undi dan memasukkan ke dalam peti undi.
9. Pengiraan undi calon yang bertanding.
10.Pengumuman keputusan pilihanraya oleh Pegawai Pilihan Raya
.
► Terangkan syarat-syarat seseorang calon bertanding dalam pilihan raya.
1. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihanraya mestilah wargenegara Malaysia.
2. Berumur 21 tahun.
3. Bermastautin di Malaysia (menetap di Malaysia)
4. Sempurna akal.
5. Bukan orang muflis
6. Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.
7. Tidak disabit dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
8. Seseorang warganegara akan hilang kelayakkannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM 2000 dan belum mendapat pengampunan.
9. Calon-calon dalam sesuatu pilihanraya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama
individu sebagai calo bebas.
10.Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

► Apakah syarat untuk seseorang itu menjadi pengundi.
1. Seorang pengundi yang berkelayakkan boleh mengundi jika namanya didaftar dalam Senarai Daftar Pemilih.
2. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia,seseorang wargenegara yang berumur 21
tahun.
3. Bermastautin atau tidak bermastautin.
4. Tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
boleh mengundi dalam pilihanraya tersebut.
5. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja.
6. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan
pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama
mereka terdaftar sebagai pengundi.

► Mengapakah pilihanraya penting kepada negara kita.
1. Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan.
2. Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang
mereka gemari.
3. Pilihanraya pentig kepada semua wargenegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.
4. Setiap wargenegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.
5. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan
bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihanraya.

Soalan KBKK
1. Bagaimana kita dapat membantu agar pilihanraya dapat dijalankan dengan lancar?
2. Senaraikan persiapan yang perlu dilakukan oleh pengundi sebelm mengundi?

BAB 8 TG 5: PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN, BAHASA, KEBUDAYAAN DAN SUKAN, WAWASAN 2020.
► Jelaskan matlamat yang terkandung dalam falsafah Pendidikan Negara.
1. Pendidikan adalah usaha berterusan memperkembangkan potensi indivindu secara
menyaluruh dan bersepadu.
2. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,emosi,jasmani dan rohani.
3. Meningkatkan kemahiran berfikir,kecerdasan intelek,sikap kreatif dan berilmu pengetahuan.
4. Penekanan terhadap penguasaan dalam kemahiran membaca,menulis dan mengira.
5. Melahirkan wargenegara Malaysia yang berketerampilan,berakhlak mulia,berdisplin dan
bertanggungjawab.
6. Memiliki ketahanan diri untuk menghadapi cabaran.
7. Kepercayaan dan kepatuhan kapada tuhan.
8. Mengutamakan bidang sains,teknologi dan vokasional bagi memenuhi keperluan industri.
9. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
10.Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan
negara.

► Bagaimanakah sistem pendidikan di sekolah rendah dan menengah dapat menjadikan
anda insan yang seimbang.
1. Penerapan nilai-nilai murni dalam semua matapelajaran.
2. Penerapan nilai patriotisme dalam mata pelajaran sejarah.
3. Pelajar-pelajar Islam mesti mengambil matapelajaran Pendidikan Islam.
4. Pelajar-pelajar bukan Islam mesti mengambil matapelajaran Pendidikan Moral.
5. Mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu di sekolah
6. Mempelajari mata pelajaran elektif seperti Prinsip akaun,Perdagangan dan Ekonomi Asas.
7. Mempastikan pelajar mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
8. Memastikan semua pelajar menganggotai persatuan atau kelab.
9. Memastikan semua pelajar menganggotai pasukan beruniform.
10. Memastikan semua pelajar menganggotai permainan dan sukan.
11. Menyanyi lagu Negaraku setia kali perhimpunan sekolah.
12. Melibatkan diri dalam upacara seperti Maulidur Rasul,Majlis Hari Raya,Hari Kebangsaan, Kokurikulum dan Sukan Sekolah
13 .Menyertai Bulan Bahasa di Sekolah.
14. Menyertai Bulan Disiplin dan Berbudi Bahasa.
15. Melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

► Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
1. Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956 .
2. Pelancaran “ Minggu Bahasa” dan “ Bulan Bahasa” dilakukan sebagai usaha menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
3. Memperkenalkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” yang dilancarkan pada tahun 1960.
4. Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Kolej Sultan Abdul Halim.
5. Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967 untuk mengukuhkan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
6. Pada tahun 1970,bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat.
7. Pada tahun 1977, menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
8. Bermula pada tahun 1982,bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah untuk menggantikan bahasa Inggeris.
9. Pada tahun 1990,Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah.

► Nyatakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
1. Lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan,Belia dan Sukan pada tahun 1971.
2. Dasar ini digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.
3. Tiga prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu kebudayaan rakyat asal rantau
melayu sebagai tunjang.
4. Unsur budaya lain yang sesuai boleh diterima.
5. Agama Islam sebagai unsur yang terpenting dalam dasar tersebut.
6. Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan untuk memperkukuh perpaduan melalui
kebudayaan.
7. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
8. Dasar ini juga bertujuan memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek
kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

► Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan menjadikan sukan sebagai alat perpaduan di negara kita.
1. Penyertaan dalam bidang sukan tanpa mengira ideologi.
2. aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malah membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.
3. Pada peringkat sekolah,sukan merapatkan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan.
4. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan pada peringkat daerah,negeri dan
kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan.
5. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali jelas memainkan
peranannya mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri.

► Apakah Wawasan 2020.
Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara Malaysia yang maju menjelang
tahun 2020.

► Siapakah pencetus idea Wawasan 2020.
Idea wawasan ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad  pada
28 Februari 1991.

► Nyatakan matlamat Wawasan 2020.
1. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju dengan menggunakan
acuan sendiri setanding dengan negara maju di dunia.
2. Mencapai kemajuan yang bersepadu dengan menitikberatkan kemajuan fizikal dan spiritual.

► Nyatakan teras kemajuan bersepadu menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.
1. Perpaduan dikalangan rakyat.
2. Kestabilan Politik negara.
3. Ketinggian taraf hidup.
4. Kekukuhan nilai moral dan etika.
5. Kekukuhan sistem kerajaan.
6. Ketinggian maruah bangsa agar dihormati.
7. Semangat yakin diri bangsanya.

► Nyatakan sembilan cabaran bagi negara kita untuk merialisasikan Wawasan 2020.
1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
2. Membina masyarakat berjiwa bebas,tenteram dan berkeyakinan.
3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
5. Mewujudkan masyarakatyang matang,liberal dan bertoleransi.
6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
7. Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
8. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
9. Memupuk dan membina masyarakat makmur.

► Apakah cabaran-cabaran yang perlu ditangani untuk mencapai Wawasan 2020.
Cabaran Pertama Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
1. Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara untuk membina Bangsa Malaysia
yang bersatu padu.
2. Perpaduan boleh dicapai melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional,Dasar Bahasa Kebangsaan , Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3. Kesemua dasar tersebut memberikan sumbangan yang besar ke arah mewujudkan
hubungan antara kaum yang sihat dan mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia.
Cabaran  Kedua Membina masyarakat berjiwa bebas,tenteram dan berkeyakinan.
1. Masyarakat Malaysia perlu berjiwa bebas, berperasaan tenteram,sentiasa bersikap
terbuka,berkeyakinan diri,bangga dengan apa yang dicapai dan gagah menghadapi pelbagai masalah.
2. Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara mereka sendiri dan sekaligus
mengangkat martabat bangsa dan negara dipersada dunia.
3. Musuh negara mudah ditangkis oleh mereka.
Cabaran Ketiga Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
1. Masyarakat Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina.
2. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.
3. Rakyat yang berfikiran matang akan menggunakan hak-hak demokrasinya dengan
sewajarnya.
4. Segala perasaan tidak puashati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu disalurkan melalui saluran-saluran tertentu dalam suasana mesra dan bersifat membina.
Cabaran Keempat Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
1. Masyarakat bermoral dan beretika perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam
bentuk masyarakat berbudaya unggul.
2. Kepatuhan kepada agama dapat membina masyarakat bermoral dan beretika.
3. Pengalaman budaya dan tradisi yang cemerlang membina masyarakat bermoral dan
beretika.
4. Keberkesanan sistem pendidikan membina masyarakat bermoral dan beretika.
5. Keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika.
6. Falsafah Pendidikan Kebangsaan,misalnya memberikan penekanan kepada usaha
melahirkan insan berilmu,berakhlak,seimbang dan harmonis.
Cabaran Kelima Mewujudkan masyarakat yang matang,liberal dan bertolenrasi.
1. Masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu.
2. Masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran
terbuka untuk sedia menerima perubahan dan pandangan orang lain.
3. Langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang,liberal dan bertoleransi dapat dilihat melalui perlembagaan negara.
4. Pengalaman sistem demokrasi membolehkan masyarakat memilih kerajaan dengan matang.
5. Kewujudan parti politik gabungan pelbagai parti kaum seperti Barisan Nasional menunjukkan sikap toleransi masyarakat.
6. Dasar Pendidikan Kebangsaan.
7. Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
8. Akta Bahasa Kebangsaan.
Cabaran Keenam Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
1. Masyarakat yang maju merupakan masyarakat yang progesif yang dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan
2. Masyarakat yang maju tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat saintifik kerana
Cabaran ketujuh Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
1. Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi sering
menjadi ukuran kemajuan sesuatu bangsa.
2. Masyarakat maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif.
3. Masyarakat penyayang sering dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang
bermuafakat,saling memahami dan saling menghormati,bekerjasama dan saling membantu.
4. Masyarakat penyayang tidak individualistik sebaliknya meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri.
5. Asas yang kukuh dalam pembinaan masyarakat penyayang dan budaya penyayang ialah
kepatuhan kepada agama,nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan.
6. Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang dalam kekeluargaan.
7. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat begitu ditekankan dalam agama.
8. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan semula.
Cabaran Kelapan Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
1. Kemajuan sesebuah negara yang hanya dikuasai oleh kelompok-kelompok tertentu dalam
masyarakat akan membawa rasa tidak puas hati dan kemudiannya mencetuskan rusuhan
kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.
2. Kerajaan telah banyak melaksanakan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Rancangan Pembangunan Luar Bandar,Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional adalah untuk menjamin keadilan ekonomi yang sekaligus
meningkatkan taraf hidup rakyat.
Cabaran Kesembilan Memupuk dan membina masyarakat makmur.
1. Masyarakat makmur dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mencapai taraf hidup yang tinggi.
2. Pada masa yang sama tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan.
3. Pendapatan isi rumah berada pada tahap yang tinggi begitu juga dengan pendapatan negara.

BAB 9 TG 5: PERANG DUNIA PERTAMA

► Namakan pakatan dan negara yang terlibat dalam perang Dunia Pertama.
Pakatan
Negara
Perikatan Kuasa Tengah
Austria-Hungary dan Jeman
Pakatan Bertiga
Britain,Perancis dan Rusia

► Namakan dua negara luar Eropah terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
1.  Amerika Syarikat 
2.  Jepun

► Apakah peristiwa semerta yang tercetus Perang Dunia Pertama.
1. Pembunuhan Archduke franz Ferdinand,pewaris takhta Austria-Hungary danisterinya oleh
seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.

► Namakan Perjanjian yang menamatkan Perang Dunia Pertama.
Perjanjian Versailles pada tahun 1919.

► Huraikan faktor-faktor tercetus Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918.
1. Kemunculan nasionalisme,negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar, contohnya,Jerman dan Itali.
2. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing.
3. Jerman dan Itali menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain,Perancis,Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan.
4. Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi akibat Imperialisme Baru.
5. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah dan untuk memasarkan barangan siap mereka.
6. Persaingan untuk mengukuhkan politik dan ekonomi menyebabkan muncul sistem pakatan negara-negara Eropah,iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
7. Persaingan antara kedua-dua pakatan ini mula mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud pada ketika itu.

► Terangkan perkembangan peristiwa yang menyebabkan tercetus Perang Dunia Pertama 1914 hingga 1918
1. Pembunuhan Archduke Franz ferdinand,pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.
2. Austria dengan sokongan jerman telah mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914 manakala Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Perancis.
3. Jerman bertindak menyerang Perancis melalui negara berkecuali.iaitu Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain.
4. Negara Britain yang sememangnya bermusuhan dengan Jerman turut campur tangan dalam peperangan ini dengan meminta bantuan Amerika Syarikat.
5. Jerman bertindak menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan negara itu terlibat dalam peperangan ini.
6. Itali yang bersikap berkecuali terlibat dalam perang ini dengan menyokong Bratain,Perancis dan Rusia.

► Nyatakan kesan Perang Dunia Pertama.
1. Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah.
2. Persidangan damai yang diadakan pada bulan Jun tahun 1919 membawa kepadaPerjanjian Versailles.
3. Perjanjian ini telah mengubah peta eropah dan membentuk beberapa buah negara baru seperti Czecholovakia,Estonia,Findland,Latvia,Lithuania,Poland dan Yugoslavia.
4. Perjanjian ini membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919 yang matlamat utama untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama serta keselamatan bersama.
5. Negara-negara yang berperang mengalami inflasi dan hutang peperangan yang tinggi disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu tingi.
6. Pakatan Bertiga telah membelanjakan US$ 125 billion manakala Perikatan Kuasa Tengah
membelanjakan US$ 60 billion.
7. Masalah inflasi dan pengangguran ke atas negara-negara yang berperang.
8. Amerika Syarikat dan Jepun mengambil alih pasaran dunia.
9. Britain sebagai negara industri kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya.
10. Kehilangan nyawa yang begitu ramai dalam peperangan.
11. Kemusnahan harta benda

Soalan KBKK
1. Berdasarkan pengalaman anda, jelaskan kesan buruk perang?
2. Bagaimana kita dapat mengekalkan keamanan negara?
3. Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah antara negara?
4. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan di peringkat antarabangsa untuk memastikan keamanan sejagat terpelihara.













No comments:

Post a Comment