Sunday 19 February 2012

PANTUN NEGERI-NEGERI MELAYU SEJ TG 1

PANTUN

KEDAH

Bersarang rendah burung tempua,
Sarang tergantung di pohon kelapa,
Kedah kerajaan Melayu Tua,
Terbentuk sebelum Kesultanan Melaka.

Judi dan arak sudah diharam,
Termasuk juga penagihan dadah,
Cheh Cha, Kataha, Kalagam dan Kadaram,
Kalah Bar dan Sai panggilan Kedah.

Ombak kuat musim tengkujuh,
Bermain di air si anak angsa,
Kedah wujud abad ke tujuh,
Raja pertama Merong Mahawangsa.

Demi cinta terlalu dalam,
Lautan api sanggup diredah,
Iskandar Muda Mahkota Alam,
Sultan Acheh menyerang Kedah.

Nasi bersama si ikan percik,
Dihidang juga semangkuk tomyam,
Negeri Kedah diserang Acheh,
Ke Perlis minta bantuan Siam.

PERAK

Sungguh kemas barangan dirumah,
Semua barangan disusun di rak,
Jualan utama logam biji timah,
Itulah galian di Negeri Perak.

Karipap enak dibuat Mak Limah,
Kulit diadun menggunakan torak,
Setelah Acheh menguasai biji timah,
Belanda tak dapat berdagang di Perak.

Peraih berjalan barangan dijaja,
Jualan dijaja di seluruh kota,
Negeri Perak tiada beraja,
Anak sultan Johor diberi tahta.

Membaca buku terasa serak,
Cerita lama buku hikayat,
Raja Muzafar ke Kuala Perak, 
Disambut pembesar dan rakyat.

 Indah sungguh hiasan di beranda
Hiasan diukir si tukang rumah
Penjanjian dimenterai Perak dan Belanda
Pentadbiran berpusat di tanah abang

Jalan di sawah membimbit selipar
Sambil memetik bunga kiambang
Sultan Perak pertama sultan muzaffar
Pentadbiran berpusat di tanah Abang

Ke kedai emas membeli Intan
Intan untuk hantaran perkhawinan
Lombong biji timah di klian Intan
Diusahakan siam berbangsa Reman

Sedap dimakan kuih Salimah
Kuih dibawa di atas junjung
Perak terkawal pengeluar biji timah
Sejak kerajaan beruas dan manjung,

TERENGGANU

Pokok betik memerlukan baja
Ikan haruan berenang di kolam
Sultan Omar adalah Raja
Berpegang kuat ajaran islam

Sungguh manis rasanya limau
Untuk hidangan para tetamu
Tarin anu merujuk harimau
Nama asal Negeri Negeri Terengganu

Kasih terputus duduk termenung
Hati resah tidak Keruang
Dikenali sebagai Tong Ya Nong
Mengikut cacatan Wang Ta Yuan.

Rumah bersih selalu dikemas
Lantai dihampar tikar danyam
Siam menerima si bunga emas
Terengganu akui keturunan Siam

PAHANG

Harimau tinggal di dalam hutan
Hutam simpanan di negeri Pahang
Beras,biji timah dari hasil hutan
Itulah dagangan di negeri Pahang

Pengantin berarak jalan perlahan
Diiringi dengan paluan kompang
Pahang wujud abad ke sembilan
Orang cina memanggil PHANG

Beruk liar memakan rambutan
Tanaman rosak hatipun resah
Bendahara Wan Ahmad menjadi Sultan
Gelaran Sultan Ahmad  Al-Muadzani Shah

Berjalan jalan terasa bahang
Rasa nak pitam badanpun tumbang
Pahang sempena pokok mahang
Di sungai Pahang pokok tertumbang

NEGERI SEMBILAN
             
Rela berjuang bertitisan darah
Untuk mengaja tanah air tercinta
Negeri Sembilan mempunyai sembilan daerah
Raja memerintah di atas tahta

Di waktu petang Sultan berangkat
Dijunjung pahlawan gagah handalan
Negeri berpanduan negeri muafakat
Itulah amalan negeri Sembilan

Bila dicaci hatinya marah
Biarpun pahitsanggup ditelan
Orang minangkabau telah berhijrah
Mereka menetap di negeri Sembilan

Dilanda kilat pokok tertumbang
Tempat berehat seekor buaya
Penghulu negeri sembilan merasa bimbang
Kerana negeri tiada beraja

Negeri sembilan sangat masyhur
Ini kerana rakyat bersatu
Meminta raja dari Johor
Tapi Johor tak dapat membantu

Pengantin bersanding di tepung sawar
Laut dimasak bergotong royong
Penghulu melantik Raja Melewar
Anak Raja dari Pagar Ruyung

SELANGOR

Pak Abu masuk ke hutan
Tersesat di hutan hatinya resah
Raja lumu menjadi Sultan
Dengan gelaran Sultan Salehudin Shah

Sungguh manis si buah manggis
Ketika makan jangan ditegur
Sultan Selangor keturunan bugis
Mendirikan penempatan di Selangor

Bersarang merbok di pohon nangka
Si anak burung dimakan helang
Bendahara Tun Perak Bendahara melaka
Pernah memerintah daerah Klang
                        
Lagu berkumandang untuk si muda
Lagu gemersik enak di dengar
Sultan Ibrahim diserang Belanda
Berebut bijih di Kuala Selangor

KELANTAN

Mencari damar di dalam hutan
Terkena duri sakit merana
Dikenal sebagai Ho Latan
Mengikut pendapat Sejarah Cina

Sungguh sedap si pulut hitam
Dicampur gula manis rasanya
Gabungan kata kolam dan autan
Gabungan menjadi Kelantan akhirnya

Mencari rotan di dalam hutan
Rotan dianyam dibuat bubu
Long Yunus  Raja Kelantan
Kota dibina di Kubu Labu

Peraturan  hidup telah diikat
Peraturan megikut undang-undang Manu
Setelah raja Long Yunus mangkat
Kelantan telah diserang Terengganu,



No comments:

Post a Comment