Tuesday 21 February 2012

PANTUN SEJARAH TG 1 BAB 9


BAB 9: WARISAN KESULTANAN MELAYU
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Amat penting nilai kesetiaan,
Sebagai tanda cinta negara,
Pemerintahan cara urus kerajaan,
Negeri Melayu diperintah raja.

Sungguh indah bulan purnama,
Cahaya menyinar  bagai mutiara,
Raja menjadi tunggak utama,
Paling berkuasa di dalam negara.

Sebelum memasak menyediakan bahan,
Mengoreng ayam dicelup tepung,
Pemerintah daerah dan juga jajahan,
Dibantu oleh penghulu kampung.

Malam Jumaat pergi kenduri,
Baju Melayu cantik berwarna,
Sultan lambang kedaulatan negeri,
Sultan berdaulat tanda sempurna.

Pusara sunyi ditemani kemboja,
Sebelum terlambat harus bertaubat,
Pentadbiran negeri diketuai raja,
Baginda dibantu kaum kerabat.

Terlanggar batu tidak sengaja,
Lutut berdarah  terseliuh tangan,
Warna kuning warna diraja,
Menjadi hiasan di sapu tangan.

Sebulan lalu cinta bersemi,
Ucapan indah kata berbisa,
Cap mohor lambang surat rasmi,
Tak boleh diguna rakyat biasa.

Kucing Parsi cantik dan manja,
Kucing tidur tikus meraja,
Lembing, keris, mahkota raja,
Menjadi alat kebesaran diraja.

Membuat jenayah bimbang ditahan,
Kalau bersalah tangan digari,
Tugas utama pembesar jajahan,
Untuk pertahan  kedaulatan negeri.

Bersandar di dinding di waktu malam,
Melepaskan rasa penat dan lelah,
Sultan menggunakan bahasa dalam,
Rakyat derhaka ditimpa tulah.

Mengembara dari utara ke selatan,
Untuk mencari bakal si isteri,
Rakyat harus menghormati sultan,
Demi menjaga keamanan negeri.

Sungguh indah si bunga sena,
Bunga dipetik lalu diikat,
Sultan menggunakan bahasa istana,
Contoh perkataan santap dan mangkat.

Sungguh enak si buah rambutan,
Rasa manis melekat dibibir,
Pembesar negeri dilantik sultan,
Menjalankan tugas sebagai pentadbir.

Mengisi air ke dalam buyung,
Buyung pecah hatinya bimbang,
Adat Pepatih dari Pagar Ruyung,
Adat Temenggung dari Palembang.

Pengantin ditabur si beras bertih,
Jalan perlahan tangan berpegangan,
Adat Pepatih Datuk Pepatih,
Adat Temenggung Datuk Ketemenggungan

Baju disulam hiasan manik,
Dihias juga mutiara putih,
Negeri Sembilan negeri yang unik,
Pentadbiran mengikut adat Pepatih.

Ditegur orang makan berjalan,
Rasa malu tidak tertanggung,
Adat pepatih di Negeri Sembilan,
Di negeri lain Adat Tememnggung.

Zikir dan doa jadi amalan,
Jangan hampiri zina dan tuak,
Empat luak di Negeri sembilan,
Undang adalah ketua luak.



No comments:

Post a Comment