Sunday 19 February 2012

pantun sarawak sejarah tg 1 bab 10


PANTUN NEGERI SARAWAK

Berbuka puasa bersama ayah,
Nasi dan lauk dimasak emak,
Orang Iban,Kayan,Kelabit dan Kenyah,
Anting-anting panjang warisan emak

Orang memberi kita menadah.
semua hidangan enak disantap.
Kaum Penan berpindah-randah,
Kaum Iban hidup menetap.

Di tepi jalan abang mengayuh.
Abang mengayuh sepanjang jalan,
Rumah panjang rumah Bidayuh,
Bekerjasama adab berjiran.

Tetamu datang salam disambut,
Menyambut tetamu di muka pintu,
Gadis Kenyah bertelinga lanjut,
pemuda Kayan  bercacah tatu.

Kaum Kenyah baik orangnya,
Tetamu datang sentiasa diterima,
Anamisme merupakan satu agama,
Alam disembah dianggap bernyawa.

Rajin sungguh anak Pak Lokman,
Merumput lembu menggunakan sabit,
Negeri Sarawak kawasan pendalaman,
Tempat tinggal etnik Kelabit.

Waktu petang adik bersantai,
Abang pula memotong kayu,
Negeri Sarawak kawasan pantai,
Tempat tinggal Melanau dan Melayu.

Membaling bola ke dalam sungai,
Bola dibaling secara rawak,
Nama diambil sempena sungai,
Batang Sarawak sungai Sarawak.

Burung hantu dipohon ara,
Terbang melayang bukannya payah,
Petempatan terawal di Asia Tenggara,
Bukti ditemui di Gua Niah.

Makan nasi teramat lahap,
Penat menjaja barangan di  kota,
Pemerintah Skrang Syarif Sahap,
Pemerintah Kucing Pengerah Mahkota.

Pergi merantau membawa makanan,
Buat bekalan dalam perjalanan,
Tuai rumah menjaga keamanan,
Juga menyelesai masalah perkahwinan.

Tidur malam adik meracau,
Mencari puteri cantik menawan,
Orang Iban menyimpan tajau,
Tajau dianggap harta simpanan.

Tidur berbaring dikerusi panjang,
Melepas penat di anjung rumah,
Iban, Bidayuh berumah panjang,
Diketuai oleh setuai rumah.

Pergi berbelanja di Bandar Ipoh,
Berhenti di Kedai membeli pakaian,
Orang Melanau menjamu Ipok,
Nelayan selamat hasil lumayan.

Pergi pejabat jumpa pegawai,
Untuk urusan mengambil geran,
Orang Iban menyambut gawai,
Tarian Ngajat tanda kesyukuran.

No comments:

Post a Comment